Wajar Diberi Pujian

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram berpendapat bekerja keras di belakang tabir tanpa berkongsi atau mend3dahkan semua perkara adalah satu pendekatan yang seharusnya dipuji.

Sivasundaram berkata demikian susulan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mend3dahkan beliau sentiasa bertanggungjawab dalam memperjuangkan nasib bola s3pak tempatan ketika berdepan detik sukar pand3mik COV!D-19.

Terdahulu, Hamidin yang juga juga Presiden Liga Bolas3pak Maaysia (MFL) mended4hkan beliau menyedari ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan badan induk persatuan bola s3pak negara itu yang dilihat sekadar pasif untuk memperjuangkan liga tempatan.

Mengulas lanjut, Sivasundaram menegaskan beliau cukup mengenali Hamidin yang lebih gemar bekerja keras di belakang tabir kerana beliau sangat berhati-hati membuat kenyataan dikhuatiri bimbang tidak menjaga sens!viti mana-mana pihak.

“Kadang-kadang, jika kita tidak ada sesuatu di laman sosial berkenaan mesyuarat atau kegiatan itu, tak bermakna kita langsung tidak buat kerja. Saya fikir untuk kita berkongsi sesuatu perkara ada batasannya dan ini mungkin disebabkan ada implikasi tertentu yang perlu diambil kira.

“Tidak dapat dinafikan penggunaan media sosial sudah menjadi keutamaan dalam masyarakat hari ini tetapi seperti saya katakan tadi, ada perkara kita boleh berkongsi, kita kongsi dan atau perkara tertentu, lebih baik diam sahaja,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Sivasundaram sendiri menegaskan beliau menjadi saksi di mana Hamidin sentiasa bekerja keras di belakang tabir biarpun sosok yang pernah menjadi Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) itu maklum perihal berhubung krit!kan mengatakan beliau lebih gemar mendiamkan diri.

“Selaku individu yang berada dalam badan induk, saya sendiri menyaksikan perjalanan yang cukup konsisten.

“Malah kami selalu bertemu dan bermesyuarat dengan pelbagai pihak terutama dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican untuk menyampaikan hasrat FAM kepada Kementerian Kesihatan (KKM) serta Majlis Keselamatan Malaysia (MKN).

“Ini adalah waktu sukar buat bola s3pak terutama kepada Datuk Hamidin sebagai presiden ketujuh mentadbir bola s3pak. Namun bagi yang benar-benar mengenali Datuk Presiden pastinya turut bersimpati kerana mengetahui betapa komited beliau dalam kerjanya.

“Bagi saya, usaha dibelakang tabir ini terbukti berkesan kerana musim Liga Malaysia diteruskan dan kini 10 peratus penonton dibenarkan meskipun Piala Malaysia terpaksa dibatalkan,” katanya.

Sumber-BH