Wakil Rakyat Anjur Konsert Di Tengah Pend3mik

Tegal, Jawa Tengah: Seorang wakil rakyat di Kota Tegal, di sini, menimbulkan kem4rahan orang awam kerana menganjurkan konsert dangdut di saat Indonesia berdepan peningkatan k3s jangk!tan C0vid-19.

Konsert dangdut itu diadakan di Tegal Selatan dipercayai sempena majlis perkahwinan dan ia dihadiri ribuan orang awam di lokasi seluas padang bola s3pak.

Kompas melap0rkan, berdasarkan pemerhatian dibuat, penonton yang menyaksikan konsert berkenaan tidak menerapkan prot0kol kesihatan.

Malah, ada di antara mereka tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga jarak fizikal antara satu sama lain.

Ketua Polis Tegal Selatan, Joeharno berkata, pihaknya memberikan kebenaran untuk acara itu diadakan namun, ketika permohonan dibuat, penganjur mengatakan hanya pentas kecil disediakan bagi persembahan dangdut itu.

“Pada awal permohonan, mereka mengatakan hanya pentas kecil disediakan untuk bilangan tetamu yang terhad. Namun, tidak sangka bahawa pentas besar yang tersedia.

“Maka, kami mengarahkan agar pentas itu ditutup supaya tidak ada acara dijalankan pada waktu malam,” katanya.

Namun, katanya, persembahan dangdut itu tetap berlangsung dan pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa.

“Kami tidak boleh mem4ksa persembahan itu dihentikan kerana kekurangan anggota,” katanya.

Sementara itu, pihak polis juga sudah memanggil penganjur untuk sias4tan lanjut berkaitan acara yang diadakan itu.

Sumber-MH