Wanita tunggu kelahiran meninggal dunia dalam kereta

PETALING JAYA: Luluh hati seorang suami yang menanti kelahiran bayi mereka apabila isterinya yang mengandung tujuh bulan men!nggal dun!a di dalam kereta yang di parkir di sebuah pangsapuri di Kota Damansara, semalam.

Wanita warga Indonesia itu men!nggal dun!a akibat kompl!kasi kandungan kira-kira jam 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mereka sebelum itu mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

Menurutnya, namun kerana kompl!kasi kandungan, mangsa diarah untuk ke Hospital Sungai Buloh.

“Bagaimanapun, pasangan berkenaan singgah sekejap di rumah untuk mengambil pasport mangsa.

“Mal4ngnya, sebaik kembali ke kenderaan, suami mendapati isterinya sudah men!nggal dun!a,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, m4yat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dib3dah si4sat dan k3s diklasifikasikan sebagai m4ti meng3jut.

Sumber : https://www.bharian[.]com.my/berita/kes/2020/06/695659/wanita-tunggu-kelahiran-meninggal-dunia-dalam-kereta