Warga Malaysia Boleh Pulang Tanpa Ujian Cal!tan

KUALA LUMPUR: Warga Malaysia di luar negara yang ingin pulang, boleh terus berbuat demikian tanpa menjalani ujian calitan COV!D-19 sekiranya tidak mampu membayarnya atau ia tidak disediakan di negara berkenaan.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka akan dikuar4ntin selama 10 hari, berbanding tujuh hari sekiranya sudah menjalani ujian calitan COV!D-19 tiga hari sebelum tarikh penerbangan.

Beliau berkata, ini kerana kos ujian calitan di beberapa negara terlalu tinggi dan ada negara tidak menyediakan perkhidmatan berkenaan bagi individu yang ingin pulang ke negara masing-masing.

Bagaimanapun, beliau berkata mereka boleh terus pulang ke negara ini dan akan menjalani proses kuarantin selama 10 hari.

Sumber-BH