172 kes positif Covid-19 hari ini

SEBANYAK 172 kes baharu jangk!tan Covid-19 dan merekodkan 7,417 kes positif keseluruhan dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lima daripada 172 kes baharu itu membabitkan kes import yang mendapat jangk!tan di luar negara dan diku4rantin sebaik tiba di negara ini.

Beliau berkata, daripada 167 kes penul4ran tempatan, 159 kes adalah bukan warganegara Malaysia termasuk 112 di tiga Depot Tahanan Imigresen (DTI) iaitu di Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang.

Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana semua kes di DTI itu sudah diasingkan serta dikawal pihak berkuasa dan hanya terdapat lapan kes membabitkan rakyat tempatan.

“Daripada keseluruhan kes itu, kes aktif dengan kebolehjangk!tan Covid-19 sebanyak 1,323 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

“Terdapat pertambahan 34 kes pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya meningkat kepada 5,979 kes dengan kadar kesembuhan 80.6 peratus.

“Sehingga kini, lapan kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian berkaitan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, tiada kem4tian berkaitan jangk!tan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kem4tian adalah 115 kes iaitu 1.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber : https://www.hmetro[.]com.my/utama/2020/05/582406/172-kes-positif-covid-19-hari-ini