Adakah Kelantan Akan Dapat Talian Hayat Atau Terus Dihukvm Pot0ng Mata?

KUALA LUMPUR: Adakah Kelantan akan mendapat talian hayat tambahan masa atau terus dihvkum p0tong mata akibat isu tunggakan gaji?

Persoalan itu timbul selepas Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) did4kwa gagal mematuhi perjanjian persetujuan bersama pemain dan pegawai pasukan dalam membuat pembayaran ansuran membabitkan tunggakan gaji.

Bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi ketika dihubungi BH Sukan, semalam mengesahkan dia tidak menerima bayaran ansuran tunggakan gaji daripada KAFA selepas kali terakhir, Mac lalu.

“Kalau diikutkan saya bersimpati dengan nasib yang diterima KAFA dan jika ditol4k mata, ia akan merug!kan pasukan. Namun, itu perjanjian yang mereka buat dengan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan mereka kena terima,” katanya.

Selain Kelantan, Melaka United dan PDRM juga berada dalam senarai pasukan yang dipantau Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkaitan penyelesaian tunggakan gaji dengan tarikh akhir yang diberikan berakhir, semalam.

Namun, PDRM yang sudah dikenakan pemot0ngan tiga mata pada awal tahun ini dilihat akan terlepas daripada sebarang hukvman selepas mereka dilap0rkan sudah berjaya menyelesaikan semua masalah tunggakan gaji.

Sekiranya keputusan p0tong mata diambil, Kelantan mungkin dit0lak tiga mata kerana ini adalah kesal4han pertama mereka.

Berbeza pula dengan Melaka United, jika mereka didapati mel4nggar perjanjian persetujuan bersama pemain dan pegawai pasukan, ia akan menjadi kesal4han kedua dan boleh ditolak enam mata.

Untuk rekod, First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM sudah mengenakan hukvman pemot0ngan tiga mata ke atas Melaka United pada Mac lalu selepas gagal mematuhi perjanjian itu dan ia dianggap kesal4han pertama mereka.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan FIB yang juga badan bebas akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan terutama selepas tarikh yang diberikan berakhir semalam.

“Ada beberapa kemungkinan, sama ada diberi tambahan masa atau dit0lak mata terus atau sebagainya. Ia terpulang kepada keputusan FIB dan mereka mengambil kira semua aspek termasuk kesan dari COVID-19.

“Malah, FIB memahami ada pasukan yang mengalami perubahan dalam tampuk kepimpinan persatuan negeri,” kata Stuart.

Sumber-BH