Adun Johor Dapat Pujian

ISKANDAR PUTERI: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Suhaizan Kaiat memuji prestasi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disifatkan lebih matang dan menumpukan isu rakyat ketika menyertai perbahasan Belanjawan Johor 2021.

Suhaizan berkata, ADUN yang menyertai perbahasan setakat ini juga banyak mengutarakan permasalahan dan isu rakyat negeri ini yang terh!mpit akibat wab4k COV!D-19.

Katanya, ia perubahan sangat positif berbanding perbahasan ketika sesi DUN pada 2018 contohnya, apabila terdapat ADUN gemar berkonfr0ntasi dan memainkan isu mengikut sent!men kep4rtian dan peribadi, ketika itu.

“Saya puji prestasi ADUN Johor setakat ini yang lebih matang dan menumpukan pada permasalahan rakyat terj3jas ketika sesi perbahasan.

“Jika dulu ada ADUN yang gemar berkonfr0ntasi dan menimbulkan pert!kaian, namun kini mereka lebih melengkapi antara kerajaan dengan pemb4ngkang.

“Ini mungkin kerana kedua-dua belah pihak baik kerajaan mahu pun pemb4ngkang berpengalaman mentadbir negeri, jadi mereka semakin memahami situasi dihadapi rakyat, ” katanya ketika ditemui pada sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-14 di sini, hari ini.

Terdahulu, Suhaizan ketika mengendalikan sesi perbahasan Belanjawan Johor 2021 di DUN Johor, memuji ADUN berbahas kerana disifatkan bersedia dengan fakta dan lebih fokus terhadap isu rakyat.

Sidang DUN Johor Pengg4l Ketiga bermula Khamis lalu dengan pembentangan Belanjawan Johor 2021 oleh Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan dijadualkan berakhir 6 Disember depan.

Terdapat 56 kerusi di DUN Johor dengan agihan terkininya adalah UMNO dan DAP masing-masing 14; Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) (12); MIC (dua) dan PAS (satu) manakala AMANAH (sembilan) dan PKR pula (empat).

Mengulas lanjut, Suhaizan berkata, ADUN atau wakil rakyat negeri ini diharap meneruskan prestasi cemerlang mereka di samping memberikan input dan cadangan luar kotak bagi membantu rakyat Johor terh!mpit akibat wab4k COV!D-19.

“Idea luar kotak dan baharu perlu lebih banyak dicadangkan dalam situasi negeri berdepan COV!D-19 berbanding cadangan sama, iaitu bantuan one off yang sudah banyak dilont4rkan,” katanya.

Suhaizan berkata, beliau ada memberi cadangan kepada Menteri Besar untuk mengadakan lebih banyak sesi dialog termasuk sesi pertemuan secara maya dengan kesemua ADUN bagi mereka berkongsi idea baharu untuk membantu rakyat yang terkesan dengam COV!D-19.

“Kita perlukan idea di luar kotak dan pembaharuan tentang COV!D-19 sama ada dari segi bantuan mahupun langkah memb3ndung wab4k ini,” katanya.

Sumber-BH