Akhirnya, Fawwaz Pergi Bawa Der!ta Bersama

SEREMBAN: Selepas kira-kira 14 bulan mend3rita kesak!tan akibat ced3ra par4h dihemp4p peti ais, Muhammad Fawwaz Adli, 6, akhirnya meninggal dun!a di sisi keluarganya, petang semalam.

Kanak-kanak itu mengh3mbuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 4.30 petang di sebuah hotel di Melaka, ketika sedang menjalani raw4tan saraf.

“Dia pergi dalam keadaan tenang dan kami semua berada di sisinya ketika dia mengh3mbuskan nafas terakhir,” kata bapa kanak-kanak terbabit, Mohd Bukhari Zainal Annuar.

Mohd Bukhari berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia akan meninggal dun!a kerana sepanjang mendapatkan raw4tan saraf itu, arwah kelihatan tenang.

“Dia tidak menunjukkan sebarang tanda seperti ses4k nafas atau sebagainya, malah pada saat-saat akhir itu matanya masih terbuka dan tersenyum.

“Kami tidak menyangka akhirnya dia pergi jua. Allah SWT lebih sayangkannya dan dia men!nggal dunia di samping saya dan isteri serta adik-adiknya,” ketika ditemui sebaik selesai upacara pengebvmian Muhammad Fawwaz Adli, di Tanah Perkvburan Islam Senawang, di sini, hari ini.

Muhammad Fawwaz Adli mend3rita pelbagai masalah kesihatan selepas ced3ra par4h dih3mpap peti ais di rumah keluarganya dekat Taman Cempaka, Nilai pada 12 Julai tahun lalu.

Trag3di yang menimpa Muhammad Fawwaz Adli mendapat perhatian masyarakat di negara ini selepas kanak-kanak itu diberikan raw4tan bertukar ganti di Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban dan Hospital Besar Kuala Lumpur.

Malah kedua ibu dan bapanya tidak pernah berhenti berusaha mendapatkan pelbagai jenis raw4tan dengan harapan kanak-kanak itu pulih.

Yang turut hadir pada hari pengebvmian Muhammad Fawwaz adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan yang juga Ahli Exco Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohamad Rafie Malek dan kira-kira 50 kalangan ahli keluarga serta sahabat.

Mohd Bukhari yang tinggal di rumah mentuanya dekat Ampangan di sini, berkata, dia membawa Muhammad Fawwaz ke Melaka sebagai ikhtiar untuk mendapatkan raw4tan agar dia sembuh selepas lebih 14 bulan terl4ntar sak!t akibat dihemp4p peti sejuk.

“Raw4tan sar4f di Melaka semalam itu adalah kali keempat dibuat yang mengambil masa 45 minit bagi setiap raw4tan, namun Allah lebih sayangkannya,” katanya.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan anaknya itu, selain memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan dan kaedah raw4tan selama ini.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan rakyat Malaysia dan mereka yang mendoakan Muhammad Fawwaz, hanya pada Allah saya serahkan untuk membalas jasa mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Bukhari k3sal dengan segelintir individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap anaknya itu dengan melakukan cubaan untuk mendapatkan sumbangan kewangan menerusi laman sosial.

Menurutnya, perkara itu dikesan sejak awal tahun ini dan pihaknya sudah membuat advan kepada pihak berkuasa.

“Individu itu terus dilihat bertindak tidak berper!kemanusiaan apabila mengambil kesempatan untuk mendapatkan sumbangan kewangan bagi kepentingan dirinya dengan menggunakan nama Muhammad Fawwaz.

“Saya rasa k3sal dan sedih kerana dia masih melakukannya sehingga ke hari ini,” katanya.

Sumber-BH