Akhirnya Mimpi Menjadi Kenyataan

Kuala Lumpur: Selepas dua musim meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT), tonggak tengah berpengalaman Safiq Rahim kembali memperkuatkan skuad Harimau Selatan terutamanya menjelang aksi pertama s4ingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) men3ntang kelab dari Jepun, Nagoya Grampus di Stadium Rajamangala, Bangkok, malam esok.

Safiq, 34, yang pernah mengetuai JDT menjulang satu lagi kejuaraan di peringkat Asia iaitu Piala AFC pada 2015 selain dinob4tkan pemain paling bernilai dalam kejohanan itu pastinya mahu mengulangi pencapaian sama, dengan cab4ran di ACL dilihat lebih getir.

Bagaimanapun, bekas pemain kebangsaan itu berazam untuk memberikan aksi terbaik dan mengharapkan doa serta sokongan peminat bola sep4k tempatan.

“Alhamdulillah, akhirnya mimpi menjadi kenyataan (dapat membuaat penampilan di ACL). Insya-Allah, akan berikan aksi yang terbaik. Doakan yang terbaik untuk JDT,” tulisnya di laman sosi4l Instagram sportsrevobysafiqrahim.

Di Bangkok, anak buah Benjamin Mora diletakkan dalam Kumpulan G bersama Nagoya Grampus, Ratchaburi FC (kelab Thailand) dan FC Pohang Steelers (kelab Korea Selatan) yang akan dimainkan secara dua pusingan.

Ini adalah penampilan kedua JDT di peringkat kumpulan ACL selepas 2019 dan 2020, namun pada tahun lalu pasukan terp4ksa menarik diri ekoran lar4ngan keluar negara susulan pand3mik Cov!d-19.

Sebelum ini Safiq yang juga pemain dari produk pembangunan Selangor pernah menyertai JDT dari 2013 hingga 2018 sebelum berpindah ke Melaka United.

Sepanjang bersama skuad Harimau Selatan, pemain kelahiran Kuala Selangor Safiq itu adalah bekas ketua pasukan JDT yang membantu pasukan menjul4ng lima kejuaraan Liga Super, empat Piala Sumbangsih, sekali Piala Malaysia dan Piala FA serta Piala AFC.

Di peringkat antarabangsa, dia antara tunjang belakang kepada kejayaan skuad Harimau Malaya memenangi Piala AFF buat pertama kali pada 2010 selain mengg3nggam pingat emas di Sukan Sea Laos 2009.

Sumber-MH