Alhamdulillah rezeki pinjaman dari Allah — Apek

KUALA LUMPUR: Bukan saja t4ngkas di atas padang, penjaga gol berpengalaman Khairul Fahmi Che Mat turut lig4t dalam bidang perniagaan.

Selepas terb4bit dalam beberapa perniagaan sebelum ini, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek meng4kui akan menceburi perniagaan minyak wangi pula.

“Alhamdulillah rezeki pinjaman dari Allah,” kata Apek menerusi akaun Instagram miliknya yang disertakan gambar bersama kereta mewah dan rumah dipercayai miliknya.

“Berkat main bola dari dulu. Jual ‘skin care’ sikit, selepas itu berniaga buat jamu moden. Jual gula melaka sikit, seterusnya bidang t3rjun nak jadi saudagar minyak wangi pula.”

Difahamkan, Apek yang pernah menjadi penjaga gol nombor satu negara mengusahakan semua perniagaan itu bersama isterinya, Nur Eilunie Natasha Jaafar.

Bukan sahaja Apek, beberapa pemain terkenal di negara ini termasuk Safawi Rasid dan Safiq Rahim juga sudah menceburi bidang perniagaan sebagai kerjaya kedua mereka selain bola sepak.

Kesungguhan mereka yang dikatakan sudah memiliki gaji puluhan ribu sebulan sebagai pemain bola sepak dengan terb4bit dalam bidang perniagaan seharusnya dicontohi pemain lain bagi mengukuhkan lagi kewangan untuk masa depan.