Aniq Sedia Dipanggil

KUALA LUMPUR: Pemain muda kebangsaan, Mohammad Aniq Asri sedia menggunakan ilmu yang ditimba di bumi Sepanyol bersama kelab Malaga FC sekiranya dipanggil menyertai skuad bawah 20 (B-20) negara.

Skuad B-20 akan mengh4rungi beberapa kejohanan besar termasuk kelayakan Piala Asia B-23 pada Oktober ini dan Sukan SEA Vietnam tahun depan.

Aniq yang belum pernah menyarung jersi skuad B-20 kebangsaan, mengakui sangat menanti panggilan daripada skuad ‘Harimau Muda’.

“Saya amat berminat untuk mewakili negara sekiranya di panggil menyertai skuad B-20 ini,” kata Aniq yang menyertai Akademi Malaga sejak tahun lalu dan beraksi bersama skuad B-19 kelab itu.

“Dengan pengalaman yang ada ketika bermain di Malaga banyak membantu diri meningkatkan tahap persembahan. Saya yakin boleh menyumbang sesuatu untuk pasukan negara.

“Sas4ran utama saya mahu membantu pasukan Malaysia layak ke pusingan seterusnya dan berjaya dengan cemerlang terutama pada pusingan kelayakan Piala Asia B-23 dan Sukan SEA tahun depan,” katanya kepada BH Sukan.

Pemain berusia 19 tahun itu boleh beraksi di posisi tengah bertahan dan tengah meny3rang.

Pada kemp3n kelayakan Piala Asia B-23, skuad negara akan membuka tirai s4ingan Kumpulan J berdepan Laos pada 27 Oktober, selain men3ntang tuan rumah, Mongolia (29 Oktober) dan Thailand (31 Oktober).

Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM) sebelum ini mengesahkan tidak menghantar kelompok pemain berusia 22 tahun seperti disyaratkan oleh Konfederasi Bolas3pak Asia (AFC), sebaliknya membuat keputusan untuk mempert4ruhkan skuad B-20 kendalian Brad Maloney.

Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee berkata, ia program jangka panjang bagi skuad B-23 kebangsaan menghadapi kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, yang mana barisan pemain B-20 perlu dipersiapkan ke arah itu adalah dari pemain yang berusia 20 tahun dan ke bawah pada tahun ini.

Sumber-BH