Bakal Memberi Manfaat Yang Besar

KUALA LUMPUR: Ketika ada pihak yang t4mpak mempert!kaikan pembentukan Skuad Projek Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)-Majlis Sukan Negara (MSN), bekas pengendali skuad Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee berpandangan sebaliknya.

Beliau yang kini Penolong Pengarah Teknikal FAM menegaskan projek terbabit sememangnya memberi manfaat yang begitu besar khususnya kepada perkembangan pemain muda di mana mereka akan mendapat pend3dahan beraksi secara kompetitif dalam sa!ngan Liga Perdana.

Malah, Kim Swee juga percaya skuad yang akan dibimbing Yusri Che Lah itu mampu memberikan keputusan positif sekurang-kurangnya dalam tempoh empat tahun sekiranya mereka berjaya menampilkan persembahan kemas dan konsisten.

“Dengan adanya kelompok pemain yang digabungkan, mereka akan beraksi setiap minggu dan kepada pemain yang tidak terbabit dengan kelab, mereka akan diberi peluang kedua untuk terus mendapat pend3dahan selepas projek Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP).

“Kalau kita lihat program Harimau Muda dulu, dengan pemain muda pun kita mampu bersa!ng. Saya tidak katakan pemain akan dibel4sah atau menjuarai (kejuaraan). Tetapi tujuan kita adalah untuk mend3dahkan mereka di peringkat lebih tinggi.

“Saya percaya pasukan ini akan bertambah baik selepas tahun kedua, ketiga dan kemungkinan kita boleh mencapai kejayaan pada tahun seterusnya,” katanya.

Sebelum ini, ketika skuad Projek FAM-MSN sedang hangat diperkatakan untuk ditubuhkan, kebanyakan penyokong bola sepak tempatan menyifatkan langkah itu sebagai langkah yang terkebelakang.Ini susulan program itu dianggap sama seperti program Harimau Muda yang sudahpun diperkenalkan sebelum ini namun dibub4rkan pada 2015.

Mengulas lanjut, Kim Swee menjelaskan pembentukan skuad terbabit juga bertujuan untuk mempersiap pemain bagi mengh4rungi kejohanan antarabangsa pada masa akan datang.

“Kalau kita lihat peringkat usia dalam projek ini adalah berusia 20 tahun ke bawah. Kenapa kita letakkan sas4ran pemain berusia 20 tahun ke bawah? Kita ingin pemain ini dibentuk sehingga tahun 2023 untuk menghadapi Kelayakan Olimpik 2024.

“Jadi perancangan kita bukan setakat aksi di peringkat liga tetapi pemain turut dided4hkan untuk peringkat antarabangsa. Kita tahu sebelum ini suk4r untuk mendapatkan pemain bagi kejohanan besar. Namun dengan projek ini, kemungkinan apabila kita bersa!ng dalam kejohanan jemputan, mereka boleh mengisi slot mewakili negara,” katanya.

Skuad Projek FAM-MSN dilancarkan secara rasminya di Wisma FAM, kelmarin sebagai usaha untuk meneruskan kesinambungan kepada pembangunan pemain bagi memasuki tahap kompetitif di peringkat remaja kebangsaan.

Bagi peringkat awal ini, skuad terbabit akan bersa!ng dalam Liga Perdana dan akan dibarisi seramai 30 pelatih dalam kalangan lepasan AMD, produk Piala Belia, Piala Presiden serta Sekolah Sukan Malaysia dan negeri serta Pusat Latihan Daerah (PLD) di bawah NFDP.

Pemain yang terpilih akan menjalani latihan pusat rasmi di MSN, diberi elaun, tempat penginapan dan makanan, sokongan perubatan, pend3dahan pertandingan dalam negara, pend3dahan antarabangsa serta peluang melanjutkan pelajaran di universiti terpilih.

Sumber-BH