Barisan NSFC tampak PADU!

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) yang tampil dengan berwajah baharu bagi mengharungi cab4ran sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim 2022, sudah meng!kat dua pemain import setakat ini.

Pengurus Besar NSFC, Firdaus Bhari berkata, dua pemain terbabit ialah bekas pemain Sri Pahang FC, Herold Goulon, 33, dari Perancis dan seorang lagi, muka baharu di pentas sa!ngan Liga M iaitu David Gordon Mawutur, 29, dari Ghana.

Katanya, kedua-dua pemain terbabit sudah menandatangani kontrak semusim bersama Negeri Sembilan.

“Negeri Sembilan akan menggunakan khidmat lima pemain import seperti yang diperuntukkan dan tiga lagi pemain itu sedang diteliti pihak barisan kejurulatihan pasukan.

“Kita yakin dapat melengkapkan senarai semua pemain menjelang bulan depan. Setakat ini senarai pemain tempatan sudah lengkap,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kedua-dua pemain terbabit, Firdaus berkata kehadiran Guolon bakal menambah kekebalan bent3ng pertahanan skuad Hobin Jang Hobin.

Menurutnya, pemain yang ber4ksi dua musim sejak 2019 bersama Sri Pahang itu memiliki ketinggian 1.95 meter dan ber4ksi sebanyak 47 penampilan selain boleh ber4ksi di bahagian tengah.

“Guolon pernah mewakili kelab terk3nal Middlesbrough dan Blackburn Rovers ketika di awal permulaan kariernya dan pengalamannya bersama Sri Pahang dijangka akan dapat membantu memudahkan perancangan pasukan membentuk skuad mantap bagi menghadapi cab4ran Liga Super.

“Malah, dia terbukti taj4m di barisan hadapan gol apabila meled4k 11 gol dalam liga untuk Sri Pahang selain pernah menjaringkan menerusi sepakan bola mati,” katanya.

Katanya, Mawutur pula akan ber4ksi di bahagian tengah.

“Dia yang memiliki ketinggian 1.81 meter pernah mewakili Istiklol FC dan Wisla Krakow sebelum ini.

“Kami berharap kehadiran mereka dapat memperkuatkan jent3ra pasukan,” katanya.

Sumber – BH