Beberapa Muka Import Baharu Bakal Sertai Sri Pahang FC

KUANTAN: Sri Pahang FC mengesahkan empat pemain import baharu akan menyertai pasukan itu pada jendela perpindahan pemain yang dibuka bulan ini.

Mereka adalah Aung Kaung Mann dari Myanmar, bekas peny3rang Sheffield Wednesday, Manuel Hildago (Argentina), Abubakar Yakubu (Ghana) dan Kenny Anthiu (Australia).

Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, kehadiran empat import berkenaan diyakini mampu membantu memulihkan kembali prestasi Sri Pahang.

“Ketika ini, tiga pemain sudah berada di Kuantan manakala seorang lagi masih menjalani tempoh kuarantin yang akan berakhir Rabu ini,” katanya.

Ditanya empat pemain import yang digugurkan, Mohammed Suffian enggan mend3dahkannya dan pengumuman rasmi akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

“Setakat ini, saya tidak boleh memberi sebarang kom3n mengenai empat pemain yang tidak lagi bersama Sri Pahang,” katanya.

Musim ini, Sri Pahang menyenaraikan lima import iaitu Yevhen Bokhashvili dari Ukraine, Herold Goulon (Perancis), Lee Tuck (England), Mamadou Wague (Lubnan) dan Pedro Henrique (Timor Leste).

Namun, kini timbul persoalan dalam kalangan peminat pemain yang akan kekal bersama pasukan itu.

Keputusan menyenaraikan empat import baharu berikutan prestasi h4mbar yang dipersembahkan yang menyaksikan Sri Pahang berada di kedudukan kedua terc0rot liga.

Selepas 11 perl4wanan, skuad Tok Gajah sekadar masing-masing mencatat dua kemenangan dan seri dengan mengut!p lapan mata.

Sumber-BH