Berhenti Ikuti Saya Jika Tidak Menyenanginya

PELAKON Sharifah Sakinah berterima kasih atas sokongan ramai, namun enggan memanjangkan mengenai cerita perc3raian rumah tangganya baru-baru ini.

Sakinah atau nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 31, berkata dia kini cuma mahu fokus terhadap kerjaya dan meneruskan hidup.

“Saya barangkali senyap dan tidak membalas sebarang mesej. Terima kasih kepada yang menyokong dan juga mengh1na.

“Ingat, kamu semua ada keluarga juga. Saya tidak akan mahu bahagian hidup saya ini jadi dram4tik.

“Saya tidak akan ulas dan hanya mahu fokus kepada kerja saya sahaja,” katanya.

Sakinah yang kini sibuk dengan penggambaran filem pendek Gula-Gula itu juga berharap, warganet berhenti mengikutinya di media sosial jika tidak meny3nangi dirinya.

“Jika sesiapa ada masalah dengan pilihan dalam hidup saya, pakaian, atau tindakan, boleh berhenti mengikuti saya di ruangan ini.

“Sila beri komen yang bebas, jangan berb4lah sesama-sendiri. Banyak lagi perkara baik kita boleh lakukan hari ini,” katanya menerusi Instagram.

Baru-baru ini, Sakinah mengesahkan dia sudah berc3rai dengan suaminya, Aliff Adha pada Mei lalu serta mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac.

Selain itu, cara pemakaian pelakon terbabit juga kebelakangan ini menc3tuskan perbalahan dalam kalangan pengikutnya.

Sumber-MH