Berita Gembira Peminat Bola Sepak

KUALA LUMPUR: Selepas hampir 10 bulan ‘direhatkan’, ‘pemain ke-12’ akhirnya boleh kembali beraksi pada sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Ini selepas pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi berita gembira peminat bola sepak berkemungkinan besar akan kembali dibenarkan memasuki stadium untuk sa!ngan musim baharu nanti.

Jelas Tunku Ismail yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu, ketika ini satu prosedur operasi standard (SOP) sedang dirangka bagi merealisasikan impian penyokong untuk menyaksikan pasukan masing masing beraksi di stadium.

Bagaimanapun, jumlah penonton yang dibenarkan adalah berdasarkan kapasiti stadium dengan hanya 10 peratus penyokong akan dibenarkan masuk.

“Kali ini dengan penyokong. 10 peratus dari kapasiti stadium,” kata Tunku Ismail menerusi laman Instagramnya, semalam.

Kebenaran itu pastinya akan memberi kelegaan buat pasukan-pasukan bertanding yang sebelum ini ter3epit ekoran keg4galan meraih pendapatan menerusi kutipan tiket.

Sumber-BH