Calon naturalisasi “merajuk”

Kuala Lumpur: Permintaan diberikan keistimewaan untuk mewakili negara tidak dilayan menyebabkan pemain remaja berpangkalan di England, Jaami Qureshi merajuk seterusnya mengambil keputusan ber4ksi bersama skuad kebangsaan Iraq di peringkat antarabangsa.

Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, pihaknya sudah menghubungi bapa pemain itu, Perviz Qureshi serta pengurus Akademi Brighton & Hove Albion, John Morling dalam membincangkan panggilan ke pusat latihan bagi skuad Bawah 19 tahun kebangsaan menjelang Kejohanan Asia AFC Bawah 19 tahun yang sepatutnya diadakan di Uzbekistan pada 2020.

Namun, bapa pemain itu mahu Jaami diberi keistimewaan taraf kerakyatan tanpa perlu melalui proses penilaian teknikal daripada jurulatih Brad Maloney ketika itu.

Beliau berkata, situasi berbeza pula pemain berpangkalan di Amerika Syar!kat Wan Ahmad Kuzri Ahmad Kamal apabila bersetuju mematuhi proses kuaran-tin selepas menyatakan k3sediaan pulang ke tanah air bagi menjalani latihan bersama skuad Bawah 19 tahun.

Malah pemain terbabit juga bersedia untuk dinilai dari segi kemahiran teknikal sebagai usaha meyakinkan panel kejurulatihan bahawa dia layak dipertimbangkan.

“FAM menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya tiada usaha untuk memastikan pemain remaja yang berpangkalan di England itu diberi peluang mewakili negara. “Sebagai badan induk bola sepak negara, FAM tidak akan berkompromi dalam mematuhi peraturan, garis panduan dan undang-undang kerajaan berhubung proses kuaran-tin berkaitan c0v-id-19 serta taraf kerakyatan untuk mana-mana individu bagi semua peringkat umur pasukan kebangsaan,” katanya.

Terdahulu, terdapat laporan mengatakan pasukan negara boleh melupakan untuk menggunakan khidmat Jaami apabila pemain itu d!katakan bakal ber4ksi bersama skuad kebangsaan Iraq di peringkat antarabangsa.

Situasi terbabit disahkan apabila Jaami memberikan mesej menerusi laman sosial miliknya kepada peminat Iraq dimana dia mengucapkan terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan kepadanya.

Selain itu, Saifuddin berkata, menerusi perbualan wakil FAM bersama bapa pemain terbabit turvt menyatakan keber4tan membenarkan Jaami pulang ke tanah air disebabkan tempoh kuaran-tin yang panjang namun mencadangkan supaya badan induk bola sepak negara itu memulakan proses dokumentasi kewarganegaraan anaknya. ”

Pada masa sama beliau keber4tan mengizinkan FAM mengirim kakitangan teknikal untuk menilai kemampuan Jaami.

“Adalah jelas bahawa di sebalik dakwaan FAM tidak mengambil seb4rang tind4kan, Sekretariat Agung mengambil inisiatif berhubung dengan keluarga Qureshi pada 2020 tetapi atas sebab pelbagai faktor, usaha menjadikan Jaami rakyat Malaysia tidak tercapai. “Memandangkan Jaami kini memilih kerakyatan Iraq, kami ucapkan selam4t maju jaya kepada pemain itu,” katanya.