Categories
INFORMASI

Rahsia Sos Sangat Enak

KUALA LUMPUR: Sos yang enak menjadikan kelainan rasa bagi setiap piza dan ia menjadi rahsia Domino’s Pizza bagi setiap hidangan untuk pelanggan.

Menu yang menjadi kebanggaan Domino’s Pizza dan keunikan ‘top secret sauce’ dalam empat piza kegemaran ramai, tuna temptation, vegie fiesta, classified Chicken and chicken confidential kini digabungkan menghasilkan ‘top secret quattro’.

Sos dengan campuran krim, keju dan bawang putih diperkenalkan sejak 2008 ini sudah memik4t hati berjuta-juta peminat piza kerana rasanya yang enak menjadikannya sos yang luar biasa dan hanya boleh didapati di Domino’s Pizza.

Domino’s Pizza memperkenalkan ‘top secret quattro’ dengan resipi serba baru yang menampilkan keempat-empat piza popularnya dilengkapi sos rahsia, memberi peluang kepada pelanggannya untuk menikmati pelbagai rasa dalam satu piza.

Dengan adanya menu ‘top secret quattro’ ini pelanggan tidak perlu k3liru ketika membuat pilihan piza, malah dapat menikmati pelbagai cita rasa piza dalam dalam satu piza. Sehingga kini, keenakannya suk4r digambarkan dalam kebanyakan sos piza pernah dihasilkan.

Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Domino’s Pizza Malaysia, Singapura dan Kemboja, Linda Hassan, berkata pelancaran menu itu adalah penghormatan kepada peminat sos ‘top secret sauce’ di Malaysia.

“Terima kasih atas sokongan yang luar biasa dan sambutan positif ke atas piza terlaris kami seperti tuna temptation, vegie fiesta, classified chicken dan chicken confidential, yang mana menyumbang 20 peratus jualan daripada jualan piza kami. “Mereka yang mencuba sos ‘top secret sauce ini rata-rata bersetuju tidak ada satu perkataan dapat mengungkapkan kelazatan sos ini,” katanya.

Peminat ‘top secret secret’ kini dapat menikmati rasa piza yang berbeza dan memuaskan keinginan mereka dan lebih baik lagi ialah anda boleh mendapatkannya dengan harga yang berpatutan melalui tawaran ‘Everyday Value’.

Linda meneg4skan setiap keputusan mengenai menu mengambil kira cita rasa pelanggan. Menu ‘top secret sauce quattro’ boleh didapati dalam biasa dan besar di kedai Domino’s Pizza di seluruh negara.

Pelanggan juga dapat menikmati penambahan baru ini dengan ‘Domino’s Everyday Value’ dengan diskaun 50 peratus atau tawaran ‘Beli 1 percuma 2’ dengan penjimatan sehingga RM41.40.

Piza klasik ditawarkan serendah RM3.90 dan RM4.90 untuk piza biasa dan besar. Selain itu, tawaran ‘Everyday Value’, pelanggan juga boleh membeli ‘top secret quattro’ dengan promosi lain yang sedang berlangsung.

Categories
INFORMASI UTAMA

Program Aspirasi Keluarga Ini Dianjur Peringkat Negeri

Kuala Lumpur: Penganjuran program dan inisiatif seumpama Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia akan diteruskan melalui Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di peringkat negeri, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau berkata penganjuran program berken4an akan diadakan melalui sesi lib4t urus bersama rakyat dengan segmen perkhidmatan yang sama untuk Keluarga Malaysia di seluruh negara.

“Ini bertujuan untuk membolehkan semua lapisan rakyat memahami dan menghayati aspirasi Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dalam memulihkan semula ekonomi dan kehidupan rakyat yang terk3san akibat pand3mik Cov!d-19,” katanya ketika berucap merumuskan Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di sini hari ini.

Mohd Zuki berkata program sepanjang empat hari bermula Khamis lalu meny4ksikan sambutan luar jangkaan dengan kehadiran melebihi 103,000 pengunjung, berbanding sas4ran 20,000 pengunjung.

Menurutnya program julung kali yang melibatkan penyertaan semua kementerian dan agensi berjaya men4rik perh4tian pelbagai lapisan masyarakat kerana pelbagai perkhidmatan secara langsung ditawarkan.

Mohd Zuki berkata Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia menawarkan 24,136 jawatan daripada 75 majikan, manakala 3,628 daripada 4,005 peserta berdaftar dipanggil menghadiri temu duga dan lebih 2,290 orang berjaya ke tapisan akhir dalam jawatan yang dipohon setakat ini.

Katanya program Jom Masuk Institut Pengajian Tinggi (IPT) Keluarga Malaysia pula memberi peluang kepada lebih 5,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi mendapatkan maklumat, tawaran secara langsung untuk memasuki program Asasi, Politeknik, Kolej Komuniti serta IPT di samping menerima bantuan antaranya komputer riba dan pelan data Internet.

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula 9 pagi hingga 10 malam itu melabuhkan tirai hari ini.

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia anjuran Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) Jabatan Perdana Menteri itu menampilkan galeri pencapaian kementerian, program bantuan, pameran kementerian dan agensi, persembahan kebudayaan serta pameran dan jualan usahawan.

Categories
INFORMASI UTAMA

Berbaloi Memandu E-Hailing Sambil Belajar

KUALA NERUS: Peng0rb4nan seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terpaksa menjadi pemandu perkhidmatan e-hailing sambil belajar berbaloi apabila akhirnya menerima Ijazah Sarjana Muda Perakaunan pada Majlis Konvokesyen UMT ke-18 di UMT, hari ini.

Mohamad Izwan Mohamad Fouzi, 26, dari Kulim, Kedah berkata, dia terpaksa belajar sambil menjalankan perkhidmatan e-hailing di sekitar kolejnya untuk mencari wang tambahan.

“Jika diikutkan saya mempunyai biasiswa untuk men4mpung perbelanjaan di UMT tetapi ia tidak mencukupi. Jadinya, saya mengambil inisiatif mencari pendapatan sampingan dengan menawarkan perkhidmatan e-hailing.

“Alhamdulillah, perkhidmatan yang ditawarkan mendapat sambutan sekali gus dapat menampung perbelanjaan tambahan sepanjang berada di UMT,” katanya.

Selain itu, Mohamad Izwan juga menjadi guru ganti pada cuti semester di kampungnya.

“Saya mel4tih diri dan fikiran supaya sentiasa berdikari serta rajin mencari wang dengan melakukan apa sahaja kerja yang halal.

“Sekarang saya menjawat jawatan pembantu akauntan di Pejabat

Pertubuhan Peladang di Kedah,” katanya.

Beliau juga berharap pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang mengalami mas4lah kewangan ketika melanjutkan pengajian sentiasa berusaha dan berdikari serta bijak membahagikan masa untuk bekerja dan mengulang kaji pelajaran.

“Tiada masalah mencari wang ketika belajar cuma perlu pandai bahagikan masa supaya pengajian tidak terj3jas,” katanya yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Pertanian.

Categories
INFORMASI TERKINI

Seronok Tanam Sayur SuBjek RTB

JELEBU : Kelas untuk subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di Sekolah Kebangsaan (SK) Putra di sini bukan hanya terhad di dalam bilik darjah.

Sebaliknya, menerusi kreativiti dan kesungguhan guru besar sekolah berkenaan, murid turut diberikan peluang untuk bercucuk tanam dalam projek fertigasi D’Putra.

Guru besar, Syed Zulkafli Syed Abdul Karim, berkata projek berkenaan dimulakan sejak Oktober lalu dan hingga kini sudah empat kali tanaman seperti sawi, kangkung dan bayam dituai.

“Kami membuat permohonan kepada Pejabat Pertanian Daerah Jelebu sebelum dua para dan sistem fertigasi dipasang di sekolah. “Projek ini adalah sebahagian daripada pembelajaran subjek RBT dan berdasarkan pemerhatian, kita mendapati murid lebih seronok belajar apabila dapat ikut serta dalam projek ini.

“Malah mereka aktif bertanya soalan misalnya sama ada sayur boleh atau tidak hidup tanpa menggunakan tanah,” katanya. Tegas Syed Zulkafli, projek itu diseliakan oleh guru pembimbing, Puteri Dang Sari Othman dan ia disertai oleh 15 murid. “Sayur dituai bukan saja dijual kepada guru tetapi ada juga kalangan penduduk yang membelinya,” katanya.

Tegasnya, sekolah berkenaan juga bercadang membesarkan lagi projek fertigasi itu dengan menyemai benih sayur lain pula. Bagi murid Tahun Lima, Cristiano Sema, dia gembira kerana dapat mempelajari sesuatu yang baharu bukan sahaja secara teori malah diberi peluang mengaplikasikan apa yang dipelajarinya.

“Saya seronok belajar subjek RBT ini disebabkan guru memberi peluang kepada kami untuk merasai sendiri bagaimana proses menanam sayur secara fertigasi bermula daripada penyemaian anak benih dan penjagaan. ” Kita juga diajar bagaimana sistem fertigasi ini berfungsi. Sebelum ini saya tidak mengetahui kaedah ini yang ternyata lebih mudah berbanding menanam sayur di atas tanah,” katanya.

Bagi murid Tahun Enam, Yong Kai Ling, pend3dahan diberi guru menerusi penanaman sayur secara fertigasi menyebabkan dia lebih bersemangat untuk belajar. “Apabila ikut dalam projek ini, baru saya tahu teknik ini lebih mudah berbanding tanam sayur atas tanah malah tidak perlu siram air pun.

“Lagipun, sebab ia ditanam di atas para sayur tidak terd3dah kepada haiwan ternakan seperti kambing atau ayam,” katanya.

Categories
INFORMASI UTAMA

Bangga Pencapaian Isteri

KUALA LUMPUR: Aktor Nam Ron bangga apabila isterinya, Junainah M Lojong dinob4tkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam. Nam Ron berkata, dia sama sekali tidak menjangkakan lakonan isteri menerusi filem Roh itu berjaya menarik perhatian juri profesional.

“Saya bersyukur melihat pencapaian isteri apabila menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, malam ini. Ini kemenangan keduanya menerusi FFM. “Kali pertama diangkat sebagai Pelakon Harapan Wanita Terbaik menerusi filem Redha di FFM29.

“Jujurnya, saya bangga dengan usaha yang diberikan. Apabila namanya diumumkan Top 5, saya sebenarnya tidak meletakkan harapan. Dia naik atas pentas tanpa melakukan persediaan,” katanya kepada BH Online.

Dalam masa sama, Nam Ron yang juga bintang utama filem arahan Emir Ezwan itu mengakui, meletakkan harapan tinggi filem berkenaan dijul4ng sebagai Filem Terbaik. “Kami dapat merasakan filem R0h akan menang dan diangkat sebagai Filem Terbaik. Jadi, kami datang untuk memberikan sokongan malam ini.

“Apabila diumumkan menang, benarlah firasat saya. Ia berdasarkan pencapaian filem R0h yang dihantar mewakili Malaysia bagi penilaian Anugerah Akademi Ke-93 untuk kategori Anugerah Filem Cereka Antarabangsa pada April lalu. “Jadi, peluang menang lebih dari 50 peratus. Alhamdulillah, ia berjaya,” katanya.

Pada FFM31, Nam Ron turut memb0losi kelompok Top 5 menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, namun, tew4s di tangan pelakon filem S4ngkar, Zul Ariffin.

Bagaimanapun, kata Nam Ron, dia bergembira kejayaan yang diperoleh oleh Zul. “Saya tidak harap apa pun, bagus juga apabila orang lain menang sebab saya sudah menang pada FFM29. Jadi, saya okay sahaja pelakon lain menang.

“Saya lihat Zul memperlihatkan kesungguhannya dan banyak kemajuan yang dibuat menerusi lakonan. Kini, lakonannya nampak lebih matang,” katanya.

Categories
INFORMASI

Satu Program Yang Bakal Diperluas

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memperluas program Usahawan Teknologi Retort di lebih banyak kawasan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu usahawan kecil menj4na lebih pendapatan.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun, berkata melalui inisiatif di bawah Program Pemerk4saan Keluarga dan Komuniti (FACE) anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu, usahawan dan suri rumah dapat mempelajari teknologi baharu pembungkusan makanan yang membolehkan makanan yang dimasak untuk jualan tahan lebih lama iaitu sehingga 18 ke 24 bulan.

Beliau berkata, ketika ini, program berasaskan komuniti itu dimulakan di PPR Hiliran Ampang di sini, sejak Oktober lalu dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk.

“Seramai 105 peserta dalam komuniti PPR Hiliran Ampang serta Koperasi Hiliran Ampang menghadiri Kursus Asas Teknologi Retort Makanan yang diadakan selama tiga minggu bermula 6 Oktober lalu.

“Pada bulan lalu, pihak kementerian mengadakan lib4t urus dengan peserta bagi produk jualan dan pada bulan ini, mereka memulakan jualan.

“Insya-Allah, kita akan perluaskan ke tempat lain dan apa yang penting, kita mahu pemimpin masyarakat menggerakkan program ini dalam komuniti mereka dan kita di pihak kerajaan akan membantu dari segi ilmu serta peralatan,” katanya kepada media selepas merasmikan Projek R!ntis Usahawan Retort: FACE di PPR Hiliran Ampang, hari ini.

Mengulas mengenai teknologi retort, Rina berkata, ia adalah kaedah pembungkusan makanan dengan pemprosesan as3ptik dan diperbuat daripada pelbagai lapisan berl4mina fl3ksibel.

“Teknologi ini memb4smi mikr0org4nisma yang terdapat dalam makanan dimasak kerana menggunakan suhu pem4nasan sehingga 121 darjah Celsius, sekali gus menjadikan makanan itu terjamin dari segi kebersihan, kesegaran dan sesuai untuk berada di pasaran bagi tujuan dikomersialkan,” katanya.

Justeru, beliau berharap, lebih ramai ahli masyarakat terutama golongan wanita mengambil peluang untuk mempelajari dan mengaplikasi teknologi itu untuk produk makanan keluaran mereka.

“Usaha yang berterusan mampu mengubah kehidupan kita. Kementerian saya sentiasa menyokong segala usaha pembangunan ekonomi wanita, keluarga dan peniaga kecil menerusi pelbagai program, antaranya MyKasih Kapital dan Wanita B4ngkit Berniaga,” katanya.

Categories
INFORMASI

Kembali Dengan Semangat Baharu

“Hendak dijadikan cerita, TV Alhijrah beri peluang sertai Hijrahkan Laguku. Jadi, saya ketepikan dulu hasrat melancarkan single,” katanya kepada BH Online.

Shahir yang pernah meraih trofi Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2011 berkata, single yang bakal disiapkan umpama ‘bayi’ bagi dirinya dalam konteks penulisan lagu.

“Tahun lalu masuk studio untuk sesi rakaman. Apabila sekarang tertangguh dan juga kerja rak4man tertangguh. Bulan lalu, saya kembali ke studio untuk menyambung proses itu.

“Lagu itu ditambah baik dengan gabungan beberapa penulis lirik dan diri saya sendiri,” katanya.

Akui Shahir dia bukanlah individu yang boleh melakukan banyak perkara pada masa sama. Lantas, ia menjadi hal4ngan untuknya aktif dalam dunia seni.

“Ketika hendak menumpukan perhatian kepada dunia seni, datang peluang perniagaan yang menjadikan saya berbelah bahagi. Saya realistik dalam apa juga keadaan dan perlu mencari jaminan sumber pendapatan.

“Lalu, saya kena pilih antara bidang nyanyian atau perniagaan. Ini mengg4nggu perjalanan seni saya. Saya fikir artis lain juga berdepan situasi sama,” katanya yang menjelaskan dia mengusahakan perniagaan di Kuala Lumpur, bukannya Perak.

Tampil dengan imej berambut panjang, Shahir yang pernah membintangi filem Karak bersama Kilafairy dan Shera Aiyob, berkata dia mula menyimpan rambut panjang apabila salun ditutup. “Apabila dibiarkan, makin panjanglah rambut. Saya fikir kenapa tidak sesekali saya tampil dengan imej berbeza. Takkan asyik rambut pendek sahaja.

“Saya akan kekal dengan imej ini sampailah emak bising. Emak tidak suka saya imej begini,” katanya. Ditanya mengenai hala tuju karier nyanyian, Shahir selesa menyanyikan lagu ketuhanan namun tidak terlalu s4rat atau lebih khusus seperti nasyid.

“Kumpulan nasyid ada pengikut setia mereka. Begitu juga penyanyi genre muzik lain. Tidak timbul isu saya menyanyi genre apa. Sas4ran mungkin berbeza, tetapi matlamat sama.

“Saya ada cara tersendiri. Dalam lagu, saya selit ‘double meaning’ (maksud tersirat) tetapi terpulang kepada terjemahan masing-masing,” katanya. Pada akhir bicara, Shahir berharap kembalinya ke dunia seni melalui program Hijrahkan Laguku lebih terarah kepada karier nyanyian.

“Isu lain termasuk dikaitkan dengan sesiapapun, ket3pikan dahulu. Saya dengan dia (Erra) masih berhubung sebagai kawan. “Masing-masing mahu meneruskan surviv4l dengan cara tersendiri,” katanya.

Categories
INFORMASI UTAMA

Ubat Rindu Peminat

KUALA LUMPUR: Agak lama menyepi daripada dunia lakonan, aktres kacukan Melayu-Jerman, Cristina Suzanne Stockstill, 36, mengubat rindu peminat apabila kembali aktif melalui drama Mr Millenium yang disiarkan TV9 sejak Selasa lalu.

Ibu kepada cahaya mata berusia setahun sembilan bulan ini mengaku sibuk dengan kehidupan peribadi, namun, jauh di sudut hati, cinta terhadap dunia seni tidak pernah pudar.

Pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Skrin (ASK) 2013 ini mengaku sengaja berbuat demikian bagi memberi ruang kepadanya berehat. “Saya ada momen tertentu… Macam ‘biskut’, kadang ada, kadang-kala menghilang. Bukan apa, saya mahu beri ruang kepada diri sendiri.

“Sebagai aktor, ada masanya, kita perlu ruang untuk meneroka apa yang ada di sekeliling dan memberi masa untuk diri sendiri selain mencari sesuatu yang baharu. “Walaupun sepi daripada lakonan, ada kerja lain yang saya buat. Tetapi saya tidak suka terlalu berkongsi kehidupan peribadi di laman sosi4l,” katanya.

Anak kelahiran Johor Bahru, Johor yang pernah membintangi beberapa filem antaranya Kil, Jwanita, CEO dan Sejoli : Misi Cantas Cinta ini memberitahu, tawaran membintangi drama Mr Millenium arahan Azmi Hatta diterima kerana tertarik dengan latar belakang cerita era 1960-an.

Selain itu, tambah Cristina, sepanjang menjadi pelakon sejak 2003, ini kali pertama dia diberi peluang membawa watak warga emas.

“Apabila ditawarkan membawa watak Mastora, saya tidak berfikir panjang. Bagi saya, watak Mastora cukup menarik kerana dia orang tua.

“Bagi menghayati watak Mastora, saya perlu ubah cara bertutur. Seperkara lagi, drama 13 episod ini berlatarkan era 1960-an dan saya tiada pengalaman berlakon dalam karya berteraskan era itu,” katanya.

Berkongsi pengalaman sepanjang penggambaran di Hulu Tamu, Selangor, Cristina berkata, dia tidak boleh lupa rutin memakai ‘latex’ (topeng getah) bagi menampakkan efek warga emas. “Buat kali pertama, saya kena pakai ‘latex’ hampir setiap hari di set. Proses untuk menyiapkan solekan itu memakan masa sejam.

“Alhamdulillah, saya tidak hadapi masalah membiasakan diri biarpun terp4ksa memakai ‘latex’. Bagi saya, tiada bezanya dengan solekan biasa,” katanya.

Apa yang menarik, dalam drama Mr Millenium, Cristina juga membawa watak Qistina yang hidup pada zaman moden. “Dalam drama ini, saya dan Aqasha membawa watak Jamil mer3ntas waktu. Saya membawa dua watak sebagai Mastora dan Qistina.

“Biarpun dua watak, karakter mereka berbeza. Untuk watak Mastora, saya menjadikan nenek dan moyang sebagai rujukan orang tua,” katanya.

Mr Millenium mengisahkan pasangan suami isteri, Jamil dan Mastora yang hidup sederhana di sebuah kampung pada tahun 1960. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata tetapi dikenali sebagai pasangan romantik dan lurus.

Jamil kuat berangan dan sering membayangkan apa akan terjadi pada masa hadapan. Suatu hari, Jamil terjumpa gelung misteri dan tanpa berfikir panjang, dia masuk ke dalam gelung itu lalu dibawa ke zaman moden.

Jamil terping4-ping4 dengan infrastruktur serba moden yang menimbulkan banyak insid3n lucu. Dia terjumpa seorang wanita yang seiras dengan Mastora ketika muda iaitu Qistina. Apabila Jamil sedar dia berada pada zaman moden dan Mastora tiada di sisinya, dia mula mencari gelung mist3ri itu untuk pulang ke tempat asal.

Dalam perjalanan pulang, Jamil berdepan pelbagai ujian termasuk menjadi popular dan kaya. Ketika itu, Qistina kembali dan menawarkan bantuan untuk menguruskan kerjaya Jamil. Sementara itu, Mastora tidak berputus asa untuk menjejaki suaminya hingga sampai ke zaman moden menerusi gelung mist3ri itu.

Categories
INFORMASI

Santai suasana nyaman di Jeram Tebrau

CUACA panas sejak kebelakangan ini menyebabkan haluan peminat basikal mula mencari lokasi riadah yang baharu di kawasan sejuk dan menyegarkan.

Antara lokasi jadi pilihan destinasi adalah ke Jeram Tebrau, Labu, Nilai, Negeri Sembilan, iaitu sebuah kawasan rekreasi yang memiliki keindahan alam semula jadi.

Bagi sekumpulan penunggang basikal disertai 21 orang dari Bandar Springhill, Port Dickson meneruskan kayuhan dari Port Dickson hingga Jeram Tebrau, sejauh 64 Kilometer pergi dan balik.

Kumpulan basikal itu memulakan perjalanan seawal jam 7.30 pagi selepas mendapat tahu lokasi yang dulunya tumpuan ramai kini sepi tanpa dijaga.

Ketua Kumpulan Kayuhan Amal Bandar Springhill, Ayub Md Dahan, 41, berkata Negeri Sembilan ada banyak lokasi menarik seperti Jeram Tebrau ini tetapi ia tanpa penjagaan.

“Kayuhan kami sampai ke destinasi amat mengujakan kerana kami menuju ke lokasi yang sudah lama ditinggalkan atau tidak lagi dikunjungi orang ramai.

“Apa yang kami lihat, dulu lokasi ini meriah, ada air terjun, tapak kolam tadahan, tempat berbumbung dan juga bekas tapak gerai disediakan untuk peniaga.

“Dulu saya pernah beberapa kali ke sini membawa murid beriadah kerana sekolah tempat saya mengajar tidak jauh dari lokasi jeram ini tetapi agak lama tidak ke sini selepas bertukar sekolah sejak tujuh tahun lalu,” kata guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Gelam, Port Dickson ini ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Categories
INFORMASI

Bazar Malam di Hotel W Kuala Lumpur

Menikmati hidangan berbuka pu4sa bersama insan tersayang pastinya meninggalkan ken4ngan manis.

Apat4h lagi jika hidangan itu menepati cita rasa, lazat dan berbaloi dinikmati.

Memahami keinginan ramai berbuka dengan sesuatu yang berbeza, Hotel W Kuala Lumpur menerusi restoran Pan Asia, Flock menawarkan hidangan menyelerakan yang disediakan oleh Cef Eksekutif, Cef Haznizam Hamzah.

Selama sebulan sehingga 13 Mei ini, Flock menyediakan konsep ‘Bazar Malam’ dengan pelbagai gerai makanan popular disediakan.

Bagi yang suka ulam-ulaman seperti petai, bendi dan sayuran hijau lain terus dihantar ke Hotel W terletak di Jalan Ampang bagi memastikan ia sentiasa menepati kehendak selera.

Melalui gerai bufet pula, pastikan perut anda masih ada ruang kerana anda akan melalui menu nasi ayam hainan, roti john, otak-otak dan sate, kambing panggang dan banyak lagi.

Peminat hidangan durian pula, Cef Eksekutif Pastri, Cef Kevin akan mengolah beberapa resipi menggunakan hidangan raja buah itu.

Pengunjung pasti akan seronok kerana dapat merasai pilihan hidangan termasuk lapisan kek durian, kek keju Musang King dan serawa durian.

Bagi yang tidak menggemari durian, pelbagai pencuci mulut disediakan antaranya berasaskan kelapa dan gula mel4ka, opera pandan kaya, bunga mangga halia panna cotta dan kek coklat.

Harga dewasa RM198 dan kanak-kanak RM99.