Dah Tiga Bulan ‘Puasa’

Kuala Lumpur: Pelakon popular, Hisyam Hamid terpaksa menguruskan kerjaya dan kehidupan peribadi selepas tiga bulan ‘terp!sah’ dengan isteri, Rosmawati Hanafi yang kini berada di Singapura.

Hisyam, 35, berkata, dia okay melalui situasi itu kerana sudah biasa hidup berdikari sejak sebelum berkahwin lagi.

“Kelmarin genap tiga bulan saya dan isteri terp!sah dan melalui ‘perhubungan jarak jauh’ (PJJ). Isteri, tak dapat ikut pulang ke sini disebabkan tiada visa. Permohonan baru sudah dibuat, insya Allah sekarang menunggu keputusan. Jika semuanya okay, dia akan datang.

“Jadi, sepanjang tiga bulan ini semua kerja rumah saya buat sendiri. Bagi urusan kerja, ada pembantu peribadi (PA) yang tolong. Macam isteri, dia masih juga menguruskan kerjaya saya dari segi tawaran kerja dan sebagainya.

“Walaupun jarak jauh dan sudah tiga bulan tidak bersama, tanggungjawab dari segi nafkah zahir tetap ditunaikan. Apatah lagi, saya juga ada dua anak di sana,” katanya.

Hisyam yang juga berasal dari Singpura mengakui setiap hari rindukan isteri, anak dan keluarga.

“Macam sekarang, Mel (isteri) pun di sana dia buat bisnes kecil-kecilan. Dia pun agak sibuk juga. Kalau dia tak kerja, nanti dia rindu dan berasa tert3kan. Jadi, dia ambil keputusan untuk sibukkan diri dengan bekerja.

“Boleh dikatakan setiap hari buat panggilan video. Macam bulan ini, anak lelaki saya akan menyambut hari jadi. Selalu saya akan ambil cuti untuk meraika bersama. Tapi, tahun ini tak dapat buat. Sambut secara virtual saja lah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hisyam terbabit dalam penggambaran drama Hatimu Sedingin Salju yang bakal ditayangkan di TV3.

“Alhamdulillah, selepas enam tahun tak muncul dalam drama TV3, saya kini kembali. Lagi satu, kontrak bersama sebuah lagi stesen TV sudah berakhir. Kiranya sekarang saya bebas untuk ke semua stesen TV. Sudah sampai masa juga saya menguruskan kerjaya sendiri,” katanya.

Sumber-MH