Dalam Usaha Dan Perancangan JDT

Kuala Lumpur: Johor Darul Ta’zim (JDT) bergerak selangkah lagi apabila kelab terbabit dalam usaha merangka projek pembangunan yang mempunyai kemudahan serba canggih seperti terdapat di kelab LA Galaxy, Amerika Syarikat.

Projek yang sudah pun bermula itu akan dilengkapi dengan beberapa kemudahan terkini termasuk padang latihan, kolam renang dan stadium.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, beliau kini dalam usaha merealisasikan impian berkenaan termasuk mengenal pasti peruntukan yang perlu dikeluarkan kelak.

“Development (Pembangunan) program adalah pusat latihan baru dan sekarang ini sudah mula tol4k tanah, tapi padang, bangunan utama seperti di LA Galaxy ikut bajet. Ada stadium dan kolam renang unik seperti di LA Galaxy.

“Jadi saya tengok stadium di Itali pun nak buat benda yang sama…saya pun nak buat benda yang sama,” katanya menerusi program bual bicara, baru-baru ini.

Ketika mengulas mengenai Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Tunku Ismail berkata, akademi berkenaan bagus dalam melahirkan pemain muda berbakat namun kelab juga memainkan peranan menggerakkan program pembangunan sendiri untuk masa depan masing-masing.

“AMD bagus tapi pembangunan ini lebih kepada kelab mengambil tanggungjawab bukan mengharapkan dana kerajaan..berapa lama nak harapkan AMD… pasukan bertanding mesti ada program sendiri,” katanya.

Oleh itu, Tunku Ismail mencadangkan supaya peruntukan disalurkan kepada AMD kira-kira RM40 juta diberikan kepada pasukan untuk membangunkan program pembangunan masing-masing.

Sumber-MH