Diminta Tidak Lagi Menggunakan Jersi Nombor 10

LONDON: Seorang daripada anak lelaki Diego Maradona meminta Lionel Messi tidak lagi menggunakan jersi Nombor 10 bersama Argentina dan Barcelona sebagai penghormatan buat bapanya.

Maradona, yang men!nggal dunia pada usia 60 tahun minggu lalu, terkenal selepas mer4ngkul Piala Dunia buat negaranya pada 1986 dengan dia dilabelkan sebagai pemain terbaik di dunia.

Messi kini perlu memenuhi tanggungjawab Maradona bersama pasukan kebangsaan – walaupun dia masih belum mencipta kejayaan serupa ketika memakai jersi biru dan putih itu.

Maradona juga menang Copa Del Rey bersama Barca dengan memakai jersi No10 walaupun jauh kurang berbanding 34 trofi milik Messi bersama kelab itu.

Dan anak legenda itu yang juga bernama Diego, percaya bekas kelab bapanya sepatutnya tidak lagi menggunakan jersi berkenaan sebagai memperingatinya.

Seperti dilap0rkan Marca, dia berkata: “Dalam pasukan dia bermain, termasuk Barça. Saya tidak mer4guinya.”

Maradona mnemulakan karier bersama Argentinos Juniors sebelum beraksi buat Boca Juniors, Barca, Napoli, Sevilla dan Newell’s Old Boys.

Messi memberi penghormatan buat Maradona dengan mend3dahkan baju Newell’s Old Boys selepas menj4ringkan gol ketika menang 4-0 mengatasi Osasuna minggu lalu.

Dan anak Maradona mengakui ia membuatkan dia menangis. – Agensi

Sumber-BH