Dua Lagi Pemain Dijangka Mampu Memperkuatkan Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Dua lagi pemain yang dijangka menjadi pemain naturalisasi seterusnya iaitu Gonzalo Cabrera dan Endrick Dos Santos disifatkan mampu menambahkan lagi kekuatan skuad Harimau Malaya.

Situasi itu diakui pengendalinya, Tan Cheng Hoe yang menjelaskan dua pemain itu berada dalam perancangan mereka untuk masa depan khususnya selepas Harimau Malaya akan mengh4rungi pusingan kelayakan Piala Asia 2023, tahun depan.

“Ya, itu (dua lagi pemain naturalisasi) sebahagian daripada perancangan kita dan kita tahu kemungkinan kedua-dua pemain itu dapat membantu skuad kebangsaan.

“Bagaimanapun, kita perlu duduk dan bincangkan apa keperluan pemain untuk masa depan.

“Buat masa ini, perancangan terdekat kita adalah kita dapat menyusun jadual perl4wanan persahabatan pada bulan September supaya kita tidak ketinggalan apabila bers4ing ke kelayakan Piala Asia 2023 nanti,” katanya.

Ketika ini, Malaysia memiliki tiga pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula namun Liridon dan de Paula masih ‘hijau’ kerana baru beraksi buat negara pada baki kempen Kelayakan Piala Asia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai.

Sementara itu, ‘pentas uji bakat’ untuk skuad kebangsaan kembali dibuka apabila s4ingan Liga Malaysia (Liga M) dijadual bersambung pada bulan depan selepas berehat hampir dua bulan untuk aksi antarabangsa.

Justeru, ia seharusnya menjadi peluang keemasan untuk semua pemain bagi ‘memancing’ minat barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya sekali gus mer3but slot untuk mengh4rungi pusingan kelayakan Piala Asia 2023.

Untuk itu, Cheng Hoe menjelaskan ‘pintu’ ke skuad kebangsaan tidak pernah ditutup buat mana-mana pemain meskipun ada dakwaan yang beranggapan Cheng Hoe sudahpun memiliki set pemain sendiri.

“Kita sentiasa memberi peluang kepada setiap pemain kerana kita tahu kemampuan dan impian mereka untuk bermain bersama skuad kebangsaan. Mereka perlu bekerja keras dan berlatih bersungguh sungguh dan juga dapatkan minit permainan,” katanya.

Sumber-BH