Empat Pengadil Malaysia Menjadi Pilihan

KUALA LUMPUR: Kewibawaan pegawai perl4wanan tempatan mendapat pengiktirafan di pentas antarabangsa apabila empat pengadil kebangsaan bakal memikul tanggungjawab mengadili liga profesional Maldives musim 2020/2021.

Liga Perdana Dhiraagu Dhivehi kelolaaan Persatuan Bola S3pak Maldives itu disertai lapan pasukan.

Empat pengadil berkenaan adalah Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah yang juga pengadil Persekutuan Bola S3pak Antarabangsa (FIFA) selain Mohamad Faizudin Ismail, Muhammad Khairulsyahmi Ahmad Khalidi Supian dan Muhammad Izzul Fikri Kamaruzaman.

Perkara itu disahkan sumber dalaman Persatuan Bola S3pak Malaysia (FAM) kepada Bernama hari ini.

Keempat-empat pengadil kebangsaan yang dipilih FAM susulan undangan badan induk bola s3pak Maldives itu, dijadual berada di negara kepulauan berkenaan dari 8 Disember hingga 31 Januari tahun depan.

Namun, tempoh itu boleh dilanjutkan sehingga tiga bulan berdasarkan persetujuan kedua-dua badan induk itu.

Perkembangan membanggakan itu sekali gus dapat mengangkat kembali reputasi barisan pengadil tempatan selepas mutu pengadilan sering mendapat kritikan susulan prestasi kurang memuaskan segelintir pengadil kebangsaan dalam k4ncah sa!ngan domestik.

Difahamkan, prestasi ermpat pengadil itu akan dipantau rapi FAM melalui Unit Pengadil badan induk itu.

Dalam pada itu, usaha Bernama mendapatkan reaksi daripada Jawatankuasa Pengadil FAM berhubung perkembangan positif itu belum mendapat maklum balas.

Sumber-BH