Hanya Ada Dia

“DIA satu-satunya anak yang saya ada dan tidak dapat bayangkan bagaimana hidup tanpanya,” luah Rohani Mohd Lazim.

Rohani, 62, yang kem4tian suami, Abdul Rahim Ambok pada November 2013 dan dua tahun kemudian dia diuji pula apabila kaki kirinya terpaksa dip0tong kerana menghidap kenc!ng manis.

Sejak itu, Rohani tinggal berdua dengan anak angkatnya, Mohd Helmi Abdullah, 26, di Blok B Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang, Kuala Lumpur.

Keadaan kesihatan Mohd Helmi juga tidak menentu kerana baru dibenarkan pulang ke rumah selepas dua minggu mendapat raw4tan di Hospital Ampang kerana mengidap t!bi.

Rohani yang dip0tong kakinya kerana kenc!ng manis bersama Mohd Helmi yang mengidap t!bi. Foto Aswadi Alias

Menceritakan kisahnya, Rohani berkata, sebelum jatuh sak!t, dia menyara dirinya dan Mohd Helmi dengan mengambil tempahan menjahit pakaian.

Bagaimanapun, Rohani berkata, tugas mencari rezeki diambil alih Mohd Helmi sehingga 2016.

“Saya mengambil upah menjahit sejak Helmi berusia lapan tahun lagi tetapi tidak dapat lagi melakukannya selepas kaki kanan dip0tong kira-kira lima tahun lalu.

“Helmi banyak membantu saya, malah dia juga yang sering membawa saya melakukan pemeriksaan di hospital.

“Cuma keadaannya kini tidak seperti dulu kerana sudah menghidap t!bi dan ia membuatkan saya bimbang dengan nasib kami berdua,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurut Rohani, sepanjang ketiadaan Mohd Helmi, dia tiada pilihan kecuali tinggal bersendirian di rumahnya.

Namun, Rohani berkata, jiran terdekat ada datang menjenguk keadaannya selain membantu menyediakan makanan dan menghantar ke rumah.

“Jiran ada membantu tetapi mereka ada keluarga sendiri jadi bukan sepanjang masa boleh menjenguk saya.

“Kalau boleh, saya tidak mahu susahkan jiran tetapi terpaksa kerana tiada sesiapa pada waktu itu,” katanya yang hanya dapat bergerak menggunakan kerusi roda dan masih menanti bantuan kaki palsu.

Sementara itu, Mohd Helmi berkata, dia pernah bekerja sebagai penjaga stor di sebuah pasar raya mini tetapi terpaksa berhenti kira-kira empat tahun lalu bagi menguruskannya ibunya.

Menurutnya, sejak itu dia dan ibunya hanya mengharapkan ihsan jiran sekeliling selain wang bantuan sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan RM350 oleh Baitulmal yang turut melangs4ikan sewa bulanan rumah berjumlah RM124.

Mohd Helmi mengakui risau jika apa-apa berlaku di kemudian hari kerana dia dan ibunya hanya ada satu sama lain.

“Sekiranya saya tiada, saya yakin akan ada individu atau pihak yang boleh menjaga emak dengan baik.

“Namun, entah bagaimana nasib saya jika emak tiada kerana dia yang menjaga saya sejak kecil hingga dewasa.

“Tambahan pula, saya kini juga menghidap peny4kit dan tidak lagi bekerja,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghubungi Mohd Helmi di talian 011-39873874 atau menyalurkan sumbangan melalui akaun CIMB, 7068823468 atas nama Mohd Helmi Abdullah.

Sumber-MH