Harapan Cheng Hoe Pada De Paula

KUALA LUMPUR: Selepas aksi h4mbar ketika bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) sehingga dilabel pemalas, aksi bertemu Vietnam seharusnya menjadi detik keb4ngkitan peny3rang naturalisasi negara, Guilherme de Paula.

Pemain kelahiran Brazil itu bukanlah tidak tahu bermain bola sep4k kerana dia sudahpun membuktikan ketaj4mannya apabila beraksi bersama beberapa pasukan dalam Liga Super sebelum ini.

Berdasarkan semakan menerusi laman ses4wang, Transfermarkt, peny3rang berusia 34 tahun itu mencatat r3kod cemerlang apabila mel3dak 21 gol dalam 47 perl4wanan Liga Super.

Justeru, pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengharapkan De Paula dapat kembali menjadi ‘harimau lapar’ untuk merob3k gawang Vietnam pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Al-Maktoum, Dubai, tengah malam Sabtu ini.

“De Paula memiliki kualiti untuk membantu pasukan negara dan kita lihat dia menjadi penj4ring terbanyak dalam setiap pasukan yang diwakilinya sebelum ini. Jadi, dengan keyakinan dan pengalamannya, dia boleh membuat sesuatu ketika men3ntang Vietnam.

“Tetapi setiap pemain perlu dilihat dan dinilai dari sudut berbeza kerana setiap perl4wanan adalah berlainan. Mana-mana pemain yang diturunkan nanti mesti memberikan komitmen sepenuhnya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Cheng Hoe mengakui Vietnam memiliki kelebihan berbanding skuad negara khususnya daripada segi keserasian memandangkan mereka sudah lama ‘dihimpunkan’ di bawah kendalian Park Hang Seo.

“Berdasarkan kajian kita mengenai Vietnam di bawah Hang Seo, kita nampak mereka dikumpulkan dalam kalangan pemain yang sama dan beraksi pada Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23), Sukan Asia serta Piala Asia 2019.

“Pemain ini ada keserasian yang cukup baik dan kekuatan mereka dari segi bermain sebagai satu unit. Apapun, kita sentiasa mencari jalan terbaik untuk mel4wan Vietnam dan mencuba beberapa lagi kombinasi terbaik untuk mendapatkan keputusan positif,” katanya.

Sumber-BH