Harimau Malaya Terlepas Khidmat Pemain Ini?

Kuala Lumpur: Adakah Harimau Malaya bakal terlepas khidmat pemain kacukan yang beraksi di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Brighton & Hove Albion, Jaami Qureshi?

Persoalan itu timbul selepas vir4l di media sosi4l mengenai kenyataan bapanya, Perviz Qureshi di sebuah portal bola sep4k dengan menyatakan Persatuan Bolas3pak Iraq turut berminat dengan anaknya itu.

Jaami, 17, yang kini muncul tonggak utama skuad B-17 Brighton & Hove Albion boleh beraksi buat Malaysia di pentas antarabangsa kerana ibunya berbangsa Melayu dan berasal daripada Manjoi, Perak.

Malah, dia juga boleh mewakili Iraq susulan bapanya mempunyai pertalian d4rah dengan negara Arab itu sebagai pemain berd4rah kacukan.

Kata Perviz, Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM) tidak berusaha untuk meyakinkan pihaknya berbanding Persatuan Bolas3pak Iraq yang kerap menghubungi keluarganya.

“Tiada siapapun dari FAM menghubungi kami melainkan Iraq yang kerap berhubung dan dari situ anda boleh fikirkan pilihan yang mungkin ada,” katanya seperti yang tular di media sosi4l ketika ini.

Jika benar, skuad Harimau Malaya kemungkinan terlepas khidmatnya selepas prestasi pemain kacukan atau warisan di Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) cukup membantu pasukan negara.

Tonggak kacukan seperti Dion Cools, Brendan Gan, Corbin Ong, Matthew Davies dan ramai lagi membawa dimensi yang berlainan buat skuad kebangsaan.

Malah, timbul saranan supaya FAM memberi fokus sepenuhnya mencari atau membawa pulang lebih ramai pemain kacukan berbanding memberi kerakyatan kepada pemain naturalisasi yang dik3cam hebat susulan aksi l0ngkai di UAE baru-baru ini.

Untuk r3kod, FAM pernah menghubungi Jaami pada 2019 dan 2020 beraksi dengan skuad B-19 tahun negara untuk Kejuaraan AFC di Uzbekistan, namun s4ingan itu terpaksa dibatalkan ekoran pand3mik Cov!d-19 tahun lalu.

Sumber-MH