Hasrat Untuk Sarung Jersi Kebangsaan Berk3cai

Jerantut: Hasrat seorang remaja, Muhammad Ady Putra Azhari, 14, untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan berk3cai apabila dia disahkan menghadapi ketumbvhan pada bahagian kiri pahanya.

Bekas penjaga gol sukan bola baling Pahang bawah 12 tahun pada 2018 itu terpaksa menjalani pemb3dahan membuang ketumbuhan dalam tulang di bahagian kaki kirinya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada November lalu.

“Saya memang berhasrat untuk menyarung jersi pasukan bola baling negara hingga ke peringkat tertinggi tetapi selepas pemb3dahan lalu, saya bimbang untuk bermain semula sukan itu.

“Saya mungkin terpaksa melupakan sukan bola baling atau sukan membabitkan pertembungan fizikal sebaliknya mungkin akan menceburkan diri dalam bidang sukan elektronik (e-sport),” kata anak bongsu daripada 5 beradik itu.

Anak kepada pasangan Azhari Awang Kecil dan Rahmah Ismail itu mula dikesan menghadapi peny4kit Chondr0blast0ma sejak November 2019 dan melakukan beberapa pemeriksaan perubatan sebelum disahkan.

Azhari berkata anaknya pernah jatuh tergel!ncir di dalam rumahnya pada November 2018 tetapi masih boleh aktif bermain namun Muhammad Ady Putra mula mengalami kes$kitan tiga bulan selepas itu.

“Dia terus mendapat raw4tan ke Hospital Jerantut sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.

“Melalui imbasan MRI terdapat tanda ketumbvhan dikesan antara bahagian tulang paha dan tulang kering serta perlu dib3dah.

“Selepas itu Muhammad Ady Putra dirujuk ke HKL dan pemb3dahan dilakukan bagi membuang ketumbuhan dan tulang yang ros4k serta diganti dengan besi. Dia berada di bawah pengawasan doktor di HKL selama 3 minggu,” katanya.

Muhammad Ady Putra pernah bersama skuad negeri Pahang lelaki kategori 12 tahun yang menjuarai kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dengan menew4skan Sabah yang diadakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2018.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Tembeling itu turut terpilih mewakili Pahang di Kejohanan Bola Baling bawah 16 tahun Kebangsaan ketika berusia 12 tahun di tahun yang sama.

Sementara itu, Pengerusi Teknik Bola Baling Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pahang, Shamsul Nizam Muhammad Ali berkata, Muhammad Ady Putra adalah seorang pemain yang cekap menjaga gawang golnya dan matang membaca perl4wanan.

“Malah, dia tenang dan boleh berkomunikasi dengan rakan pasukan ketika perl4wanan, sebab itu dia turut terpilih mewakili negeri ini dalam kategori bawah 16 tahun walau ketika itu dia baru berusia 12 tahun,” katanya.

Sumber-MH