Jadi T4ruhan Kelantan FC

Kuala Lumpur: Selepas diturunkan dalam dua daripada tiga aksi terakhir, penjaga gol berpengalaman, Farizal Harun berharap akan terus diberi kepercayaan dalam kesebelasan utama Kelantan FC.

Selepas pulih daripada keced3raan di bahagian paha dan berjaya mendapatkan kecergasan, penjaga gol yang berusia 35 tahun itu berasakan dirinya sudah berada di tahap terbaik bagi mengemudi gawang dalam perl4wanan-perl4wanan yang akan datang.

Bagaimanapun, dia mengakui pers4ingan mer3but tempat sebagai penjaga gol nombor satu cukup s3ngit memandangkan Kelantan mempunyai tiga lagi pemain lain seperti Faridzuen Kamaruddin, Nik Amin Ahmad dan Asfa Abidin.

“Memang saya tidak banyak minit bermain ketika di Selangor serta hanya banyak melakukan latihan sahaja dan bila datang ke sini, saya kena akui kena cari rentak balik.

“Baru sahaja seminggu berlatih di sini, saya mengalami kec3deraan yang agak lama juga dan terlepas beberapa perl4wanan sebelum saya betul-betul pulih semasa Kelantan berdepan Negeri Sembilan.

“Buat masa ini, pers4ingan bagi mer3but tempat masih terbuka kerana belum ada penjaga gol nombor satu atau dua kerana pasukan masih mengamalkan sistem penggiliran.

“Jadi, saya harap akan terus diberi peluang terutama aksi bertemu Perak II pada minggu depan dan berjanji akan berikan 100 peratus serta membantu berdasarkan pengalaman yang saya ada, ” katanya.

Farizal, yang berasal dari Negeri Sembilan, pernah melalui zaman kegemilangan ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berjaya layak ke perl4wanan akhir Piala Malaysia 2012 selain Felda United pada tahun berikutnya, pada pentas final Piala FA.

Dia pernah menjadi sebahagian skuad Negeri Sembilan ketika memenangi Piala Malaysia 2009 dan 2011 selain Piala FA pada musim 2010.

Dalam pada itu, Farizal berasakan pasukan Kelantan yang dibarisi majoriti pemain muda semakin mendapat rentak biarpun pada awalnya sedikit perlahan di awal musim.

Malah, dia percaya mereka mampu memperbaiki kedudukan di carta Liga Perdana dari kedudukan ketujuh ketika ini.

“Jujurnya semasa saya mula-mula datang ke sini, saya tidak berapa yakin dengan pemain-pemain muda kerana semuanya saya tidak kenal kecuali Nurshamil (Abdul Ghani), kerana jarak umur mereka dengan saya agak jauh.

“Masa awal itu memang berg3lut kerana pemain import pun ada cara tersendiri tetapi selepas beberapa perl4wanan, keserasian sudah nampak antara semua pemain.

“Pemain-pemain muda Kelantan mula pamer peningkatan cuma mungkin aspek pengalaman memis4hkan sedikit mereka ekoran membuat kesil4pan yang berulang-ulang tetapi bagi saya itu adalah proses pembelajaran buat mereka, ” katanya.

Kelantan akan berkunjung ke Stadium Perak, Ipoh men3ntang Perak II pada 29 Jun ini.

Sumber-MH