Jangan Terlalu T4kut

Kuala Lumpur: Tonggak terbaharu Kuala Lumpur (KL) City FC, J Partiban, memberikan peringatan kepada pemain muda yang suk4r mendapat peluang bermain jangan terlalu t4kut untuk berkelana ke pasukan lain jika mahu mengembangkan karier ke tahap lebih baik.

Menurut pemain berusia 29 tahun itu, dia pernah melalui pengalaman yang sama enam tahun lalu apabila berkelana dari Perak ke Sarawak pada musim 2015 dan bersyukur keputusannya itu memberikan peluang yang lebih baik bagi dirinya mencipta nama di pentas Liga Malaysia (Liga M).

Dari Sarawak, dia berjaya men4mbat hati Terengganu untuk beraksi selama dua musim yang diakui Partiban menjadi antara detik penting membuatkan dirinya kian dikenali ramai peminat di Liga M termasuk membantu pasukannya mara ke final Piala Malaysia 2018.

“Saya ambil keputusan keluar dari Perak pada masa itu sebab mahu mendapatkan lebih banyak minit permainan dan tahun pertama ke Sarawak, pada mulanya memang suk4r hendak terus dapat berada dalam kesebelasan utama.

“Namun, saya berpuas hati dapat meraih banyak pengalaman di sana dan pada 2017, saya ke Terengganu, di sanalah saya dapat peluang bermain yang cukup banyak di bawah kendalian Irfan Bakti.

“Malah, saya mampu berikan prestasi yang cukup baik semasa di Terengganu dan segala-galanya berubah dalam karier apabila semakin ramai kenal dengan saya.

“Nasihat saya kepada pemain muda jika tidak dapat minit permainan semasa di awal pembabitan karier, jangan t4kut ambil keputusan untuk keluar mencari cab4ran baharu,” katanya.

Kemuncak karier Partiban ialah pada tahun 2019 apabila kembali bersama pasukan lamanya, Perak dan dipanggil menyertai latihan skuad kebangsaan oleh Tan Cheng Hoe.

Partiban adalah bekas pemain Perak FC antara pemain yang akan memperkuatkan KL City selepas pintu perpindahan kedua dibuka selain Kenny Pallraj, Ryan Lambert dan peny3rang import dari Nigeria, Kyrian Nwabueze.

Mengenai persiapan dengan KL City bagi hadapi baki s4ingan Liga Super, pemain yang berasal dari Tambun, Perak ini mengakui semuanya berjalan sempurna dan sedia bers4ing secara sihat dengan pemain lain bagi mer3but tempat dalam kesebelasan utama.

Tambahnya, dia sedar perlu bers4ing dengan seorang lagi pemain berpengalaman, Hadin Azman di posisi sayap kiri namun menganggap itu sebagai satu pers4ingan biasa di dalam bola s3pak profesional.

Sumber-MH