Jersi Kedah jadi idaman

Alor Setar: Pemain sayap lincah, Al-Hafiz Harun sedia memberi aksi terbaiknya selepas menyertai Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang dianggapnya sebagai pasukan mampu mencipta kejayaan pada aksi Liga Malaysia (Liga M).

Pemain kelahiran Sik itu berkata, perasaan teruja dapat dirasakan apabila menyarung jersi negeri kelahirannya. Agak lain macam dan rasa teruja bila beraksi dengan pasukan negeri sendiri dan tambahan pula saya akan beraksi di hadapan penyokong Kedah.

Bila masuk ke dalam pasukan Kedah saya rasa macam duduk di ‘kampung’ sendiri dan saya anggap ini satu penghargaan juga buat diri saya, malah sebelum menyertai Kedah, saya mendapat sokongan padu dari keluarga dan rakan-rakan yang mahukan saya beraksi bersama skuad Hijau Kuning.

Memang sejak kecil saya sudah ada hasrat untuk beraksi bersama Kedah. Siapa yang tak nak main dengan pasukan negeri sendiri,” katanya.

Al-Hafiz juga berkata dia meletakkan keyakinan tinggi terhadap ketua jurulatih Aidil Sharin yang memiliki reputasi sebagai jurulatih berkaliber dan sudah banyak memberi kejayaan buat Kedah sejak beberapa tahun lalu.

Saya sudah biasa dengan corak permainan laju yang diterapkan dan saya anggap corak seperti ini tidak sukar untuk diterapkan. Tempoh latihan beberapa minggu sebelum bermulanya liga musim ini adalah penting untuk mendapatkan keserasian bersama semua rakan sepasukan,” katanya.