KDA FC Perlu Ambil Peluang Sebaiknya

Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak akan mengambil mudah diatas kelebihan beraksi di laman sendiri apabila berdepan Penang FC dalam s4ingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.

Ketua Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak berkata, meskipun dengan kelebihan beraksi di tempat sendiri, skuadnya harus waspada dan bersedia sepenuhnya pada tahap terbaik memandangkan Penang FC juga pasukan yang mampu memberi k3jutan serta cab4ran hebat.

“Semestinya kita perlu berada pada tahap terbaik dan memiliki 100 peratus keupayaan bagi memulakan aksi kali ini.

“Kami juga perlu ambil peluang sebaiknya sebab kita tahu pemain bahagian ser4ngan pihak law4n seperti Casagrande yang tidak dapat beraksi disebabkan pengg4ntungan, dan tambahan pula kita beraksi di laman sendiri dan kita perlu manfaatkan kelebihan yang ada.” katanya.

Merujuk kepada lima perl4wanan di laman sendiri dan empat perl4wanan di tempat l4wan yang perlu dihadapi Kedah, Aidil mahu pemainnya terlebih dahulu fokus untuk mendapatkan tiga mata pada perl4wanan ini sebelum merenc4nakan perl4wanan seterusnya.

“Apa yang penting adalah, kita perlu dapatkan tiga mata untuk permulaan sambungan perl4wanan liga bertemu Penang FC ini untuk mendapatkan momentum peningkatan selanjutnya.

“Pada saya tiga perl4wanan terawal yang akan bermula selepas ini adalah aspek paling penting untuk kita dapatkan momentum yang dikehendaki, dan selepas mendapat momentum yang baik dalam tiga perl4wanan itu, kita berharap momentum itu dapat ditingkatkan dalam menjalani perl4wanan seterusnya nanti.” kata Aidil Sharin pengendali dari Singapura itu.

Mengenai kekurangan perl4wanan persahabatan bagi menguji tahap pasukan KDA FC dengan beberapa pasukan Liga Perdana dalam persiapan kali ini, Aidil tidak menganggap ia sebagai satu kel3mahan semata-mata.

“Dalam persiapan, kita perlukan latihan perl4wanan yang berintensiti tinggi bagi mengekalkan kecergasan, namun di sebalik ketiadaan beberapa perl4wanan latihan atas faktor semasa dan kekangan Cov!d-19, latihan secara dalaman yang dilakukan tetap dapat menerapkan ‘team bonding’ atau jalinan persefahaman lebih rapat sesama pemain dan ini juga sesuatu yang positif buat pasukan.

“Faktor persefahaman inilah yang penting dan kita mahukan untuk mereka bawa masuk ke dalam padang apabila beraksi nanti.” katanya.

R3kod perl4wanan Liga Super musim ini menyaksikan kedua-dua pasukan diikat seri 1-1 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 12 Mac lalu.

Sumber-MH