Keadaan Isteri Syafiq Dimaklumkan Bapa Beliau

Georgetown: Nur Amalina Norain, 25, isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, yang menerima raw4tan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) kini dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi pemantauan pakar di sana.

Perkara berkenaan dimaklumkan bapa Muhammad Syafiq, Ahmad Ibrahim, 56 yang memberitahu bahawa keadaan menantunya itu bertambah baik namun pakar perubatan di sana ingin terus memantau keadaan Nur Amalina.

Ahmad berkata, menantunya itu dipindahkan ke HKL sekitar jam 6.30 pagi tadi dan mereka sekeluarga akan ke ibu negara bagi menziarahi serta memberi semangat kepada Nur Amalina.

“Selepas pemb3dahan yang dijalankan keadaan menantu saya bertambah baik dan stabil namun dia dipindahkan ke HKL kerana pakar di sana mahu memantau keadaan kesihatannya dengan lebih lanjut.

“Kami sekeluarga bersama Syafiq akan ke HKL untuk bersama Nur Amalina sehingga dia sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, Nur Amalina dipindahkan dari Hospital Sungai Bakap (HSB) ke HSJ selepas mengadu kesak!tan di bahagian perut dan belakang anggota badannya kesan daripada kemal4ngan yang menimpa mereka sekeluarga termasuk pembantu rumah pada awal pagi Ahad lalu.

Pemeriksaan doktor mendapati Nur Amalina mengalami keced3raan patah tulang rvsuk, pend4rahan dalam perut dan 0tak serta pat4h tulang peha kiri yang memerlukan pemb3dahan segera dijalankan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi Ahad lalu, Muhammad Syafiq yang memandu Toyata Vellfire dari Johor Bahru dalam perjalanan membawa isterinya, Nur Amalina, yang berp4ntang ke kampung mentuanya di Pendang, Kedah.

Turut menaiki kenderaan terbabit ialah ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan dua anak pemain bola s3pak itu Aaira Nur Saffiya, 2 dan Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 42.

N4has terbabit meng0r4ankan Zainab, Muhammad Aisy Saqeef dan Titik.

Sumber-MH