Keinginan Yang Mendorong Arif Pilih TFC

Kuala Terengganu: Keinginan untuk ‘terbang’ ke pentas Asia mendorong bekas pemain sayap UiTM FC, Muhamad Arif Mohamed Anwar memilih Terengganu FC (TFC) dalam mengh4rungi sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Selain itu ramai ‘ubi muda’ yang diberi peluang beraksi dalam skuad yang terkenal dengan gelaran Sang Penyu itu juga antara faktor pemain kelahiran Gombak, Selangor itu memilih skuad bimbingan Nafuzi Zain sebagai destinasinya musim depan.

Bagaimanapun bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Gombak 1 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11 Shah Alam itu tidak mahu mend4bik dada sebaliknya sedar persa!ngan untuk membarisi kesebelasan utama pasukan tetap menc4bar buat semua pemain.

“Selain TFC, saya juga mendapat tawaran daripada tiga lagi pasukan Liga Super iaitu Perak, Petaling Jaya (PJ) City dan Pulau Pinang, tapi saya terpaksa men0lak secara baik kerana teringin untuk beraksi di pentas Piala AFC.

“Keb4njiran pemain muda selain mereka dapat peluang beraksi dalam pasukan juga antara faktor saya memilih skuad TFC musim depan.

“Tapi saya sedar perlu bekerja lebih keras lagi untuk mendapatkan tempat dalam pasukan lebih-lebih lagi skuad itu sudah pasti menyas4rkan kedudukan lebih baik dalam sa!ngan liga dan Piala AFC,” katanya.

Berdasarkan pencapaiannya sebelum ini, pemain berusia 25 tahun itu yang memulakan kariernya bersama pasukan Harimau Muda, Kuala Lumpur, PJ Rangers sebelum ke UiTM berjaya membantu pasukan The City Boys menjul4ng trofi Liga Perdana pada 2017.

Bekas pemain skuad Bawah 23 Tahun kebangsaan itu juga berjaya membantu skuad The Lion Troops layak beraksi di peringkat suku akhir Piala Malaysia musim ini yang juga kali pertama dalam sejarah pasukan itu.

Lebih menarik bekas pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) itu mel3dak gol kemenangan pasukannya menerusi jar!ngan akr0batik ketika menump4skan Kelantan 3-2 bagi perebutan ke suku akhir selain menc4lar reputasi pasukan TFC dalam sa!ngan Liga Super selepas mencetak satu gol ketika pasukannya menundukkan skuad Penyu itu 2-1 musim ini.

Sumber-BH