Kelantan FC Pasukan Pertama Menyatakan Sokongan Secara Terbuka

Kuala Lumpur: Kelantan FC muncul pasukan pertama Liga Malaysia (Liga M) yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengendalikan skuad Harimau Malaya.

Pemilik pasukan Red Warriors, Norizam Tukiman berkata, beliau menaruh kepercayaan sepenuhnya yang menganggap pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mampu memulihkan m4ruah pasukan negara.

Katanya, Tunku Ismail berkemampuan besar untuk melakukan sesuatu perubahan kepada skuad kebangsaan.

“Jika benar TMJ nak ambil alih pasukan Malaysia, saya sokong 100 peratus.

“Perubahan penuh untuk selamatkan m4ruah bola s3pak Malaysia yang semakin ketinggalan. Percaya pada TMJ untuk majukan Harimau Malaya”, katanya di laman Facebook Zamsaham, kelmarin.

Selain Kelantan FC, Norizam yang juga ahli perniagaan dari Johor turut memiliki kelab bola s3pak di Indonesia apabila membeli kelab PSPS Riau.

Arena Metro sebelum ini melaporkan Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM) bersedia memperhalusi tawaran Tunku Ismail menguruskan skuad kebangsaan pada s4ingan antarabangsa akan datang.

Perkara terbabit akan diperhalusi sebaiknya oleh FAM mengikut tatacara, prosedur, peraturan serta mesyuarat tertentu sebelum membuat sebarang keputusan.

Terdahulu, prestasi kurang member4ngsangkan skuad negara di Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menyaksikan Tunku Ismail tampil menawarkan diri mengendalikan pasukan.

Pada kemp3n kelayakan itu, skuad kendalian Tan Cheng Hoe menamatkan s4ingan di tangga ketiga Kumpulan G dan gag4l meraih tiket ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.

Sumber-MH