Kelantan United Tidak Mahu Tekan Butang P4nik

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih Kelantan United FC, Nazrulerwan Makmor tidak mahu terus men3kan butang p4nik walaupun skuadnya dim4lukan Terengganu FC 0-4 dalam aksi persahabatan yang berlangsung kelmarin.

Sebaliknya, beliau kekal tenang apabila sudah mendapatkan gambaran sebenar untuk menyusun kembali barisan pemain sekali gus optimis mampu mencipta keputusan positif pada aksi sebenar men3ntang PDRM FC pada 25 Julai ini.

Ini adalah aksi pemanas kedua selepas men3ntang Penang FC pada minggu lalu yang menyaksikan mereka t3was 1-2.

Apa yang pasti, beliau percaya barisan pemain sudah mendapatkan tahap kecergasan yang sepatutnya selepas lebih dua bulan tidak merasai perl4wanan sebenar sejak Liga Malaysia berehat sambil mengharapkan kehadirannya ini diterima dengan baik oleh anak buah.

“Kalau boleh, memang la kita nak menang dalam aksi persahabatan semalam, tetapi kalau kita tidak k4lah, saya rasa kita tidak akan tahu dekat mana kel3mahan sebenar pasukan.

“Pertama sekali, skuad Nafuzi Zain sememangnya lebih hebat dan mendominasi, dan pasukan saya masih dalam proses menyesuaikan diri dan mendapatkan tahap kecergasan yang betul di atas padang.

“Tetapi, itu tidak bermakna mereka tidak bagus, dan saya percaya ia akan menjadi pengajaran terbaik untuk kita tengok balik apa yang kita boleh perbaiki sebelum kita men3ntang PDRM nanti,” jelasnya.

Sebelum ini, Nazrulerwan Makmor pernah membimbing pasukan sama pada pertengahan musim lalu dan meletakkan Kelantan United di tangga kelapan untuk terus kekal di pentas Liga Perdana.

Musim ini, beliau mengakui bekas ketua jurulatih pasukan Akira Higashiyama melakukan tugas baik untuk pasukan kini di tangga keenam liga dan amat penting untuk bekas pengendali Kuala Lumpur Rovers ini memastikan barisan pemain terus konsisten.

Pada masa sama, Nazrulerwan tidak menol4k peluang masih lagi terbuka untuk pasukannya cuba mer3but tempat layak ke pentas Liga Super pada musim hadapan.

“Sekarang jur4ng mata pun tidak la terlalu jauh untuk kami cuba mengejar, dan ada tiga Reserve Team berada di atas kami.

“Jadi, tidak mustahil kami akan cuba untuk raih slot layak ke Liga Super sekiranya ada rezeki, tetapi kita sedar ianya bukan mudah,” katanya.

Sumber-MH