Khabib Terima Tawaran Kelab Profesional

London: Khabib Nurmagomedov kini sedia memenuhi impian zaman kanak-kanaknya untuk menjadi pemain bola s3pak dengan menerima tawaran kelab profesional.

Bekas juara lightweight UFC yang mengumumkan persaraan daripada MMA pada Oktober tahun lalu adalah pencinta sukan itu dan kerap merakamkan aksinya bermain bola sep4k di negara kelahiran, Russia.

Khabib mendapat sunt!kan semangat untuk menjadi pemain profesional selepas mendapat tawaran daripada kelab Russia, FC Kamaz awal tahun ini.

Selain tawaran kelab divisyen tiga itu, Khabib juga mendapat perhatian beberapa kelab lain seperti yang dided4hkannya ketika sesi soal jawab dalam Facebook, baru-baru ini.

“Banyak kelab bola sep4k menawarkan saya kontrak,” kata Khabib. “Tetapi saya perlukan masa untuk membentuk fizikal seperti pemain bola s3pak kerana ia berbeza dengan MMA.

“Apabila anda bert4rung di MMA dan bermain bola s3pak, ia dua perkara berbeza. Tetapi saya tak tahu (jika beraksi profesional). Jika ada kelab menawarkan kontrak yang menarik minat saya, tawaran itu pasti akan diterima.”

Khabib sebelum ini menyuarakan hasratnya untuk meneruskan karier impiannya sebagai pemain bola s3pak.

Bermain bola s3pak pada tahap profesional adalah impian saya sejak zaman kanak-kanak,” kata jaguh dari Dagestan itu kepada Match TV. “Saya mempunyai beberapa impian dan sudah tentu bola s3pak adalah raja segala sukan.

Sumber-MH