Luahan Ibu Alyssa..”Jangan Tvduh Tanpa Usul Periksa”

“KAMI tak pernah bergantvng dengan wang Alyssa kerana suami saya mampu untuk menampung keluarga” kata ibu kepada YouTuber cilik popular, Aryanna Alyssa Dezek, 12, iaitu Suzanne Dezek mengenai d4kwaan netizen terhadap keluarga penyanyi itu yang seakan mempergunakan anaknya dengan membeli kereta mewah.

Suzanne ketika dihubungi berkata, dia dan suaminya yang bekerja sebagai ketua jurutera kapal tidak pernah terlintas untuk mengambil hak anaknya, malah sebagai ibu bapa sudah menjadi tanggungjawab untuk memastikan anak-anak mempunyai wang simpanan.

“Dia beli kereta bukan kami yang p4ksa, malah pilihan kereta yang dibuat adalah keputusannya sendiri bagi memudahkan dia bersiap ketika menjalani penggambaran.

“Saya terk!lan apabila ada pihak mengatakan saya mahu meng!kis wang anak dan menumpang kesenangan sedangkan saya ada suami yang bekerja.

“Wang hasil pendapatan Alyssa sepanjang terbabit dalam industri seni sejak 2015 sudah tentulah saya buat sebagai simpanan masa depannya. Tak perlu saya nak heb4hkan perkara ini.

“Dia beli kereta itu sebab dia memang mengimpikan kereta yang besar. Lagipun wang itu adalah hasil yang diterima daripada saluran YouTube dan kempen-kempen yang dilakukan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Suzanne, orang luar tidak sepatutnya menvduh tanpa usul periksa sebaliknya perlu mengetahui latar belakang seseorang itu.

“Selama ini saya tidak berkongsi kerjaya suami kerana saya fikir itu semua tidak penting. Namun, apabila saya membaca komen dan ramai yang mengatakan kami menggunakan wang Alyssa untuk kesenangan kami dan bimb4ng jika hidupnya susah kelak, saya sangat m4rah dan sed!h.

“Saya adalah ibunya, jadi sudah tentu saya akan membuat simpanan untuk anak-anak. Saya percaya orang lain juga akan lakukan perkara yang sama,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan penyanyi berusia 12 tahun itu berjaya membeli kereta idamannya iaitu Toyota Vellfire hasil wang saluran YouTube miliknya.

Kejayaan Alyssa di YouTube diharapkan dapat memberi inspirasi kepada orang ramai terutama kanak-kanak sebaya dengannya.

Sumber-MH