Luqman Hakim Mendapat Pujian

KUALA LUMPUR: Peny3rang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin mempamerkan aksi member4ngsangkan bersama kelabnya, KV Kortrijk selepas diturunkan ketika perl4wanan ujian berdepan KRC Harelbeke, awal pagi tadi.

Pada aksi yang berkesudahan KV Kortrijk meraih kemenangan besar 5-0 itu, Luqman dilihat berjaya mempamerkan aksi meyakinkan selepas hampir sebulan bersama Harimau Malaya menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berakhir 16 Jun lalu.

Pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan berusia 19 tahun itu masuk sebagai pemain gantian dan mendapat beberapa peluang untuk mel3dak gol, namun gag4l disudahkan dengan j4ringan.

Malah, kepantasan larian dan keyakinan tinggi dipamerkan Luqman menjadi penc3tus kepada j4ringan kelima pasukannya apabila dia dijatuhkan pemain law4n pada minit ke-86 dan mem4ksa pengadil menghadiahkan sep4kan pen4lti kepada KV Kortrijk.

Luqman yang sudah lama tidak beraksi bersama kelab Belgium itu turut mendapat pujian peminat menerusi kom3n di media sosi4l rasmi kelab berdasarkan persembahannya berdepan KRC Harelbeke.

Pelayar Facebook, Tofikz Toxx menulis: “Luqman ada kemajuan selepas berlatih dengan Harimau Malaya. Kalau dapat main 100 peratus setiap perl4wanan, lagi padu bila balik kelab.”

Asrul Amar pula memberi kom3n: “Insya-Allah, satu hari nanti Luqman akan berjaya juga. Hanya sabar, belajar lagi kena kuatkan m3ntal.”

Bukan saja peminat dari Malaysia, Luqman yang lebih dikenali sebagai Luqie dalam pasukannya turut mendapat sokongan daripada penyokong KV Kortrijk di Belgium, malah berdasarkan satu video di laman Instagram kvkortrijkfans, penyokong di stadium menyanyikan lagu khas buat Luqman.

“Kita dapat satu lagu Luqman! Allez Luqman Allez!,” tulis laman Instagram itu berserta video nyanyian penyokong kepada Luqman.

Sumber-BH