Luqman Hakim Semakin Hampir Untuk Kembali Beraksi

KUALA LUMPUR: Perkhabaran gembira bakal menanti penyokong bola s3pak tempatan selepas penyerang KV Kortrijk (KVK), Luqman Hakim Shamsudin dilaporkan semakin hampir untuk kembali beraksi dalam sa!ngan Jupiler Pro League Belgium.

Luqman sebelum ini dit!mpa masalah kec3deraan hamstring ketika menjalani sesi latihan yang menyaksikan pemain berusia 18 tahun itu mengalami kec3deraan koy4k otot hampir dua sentimeter.

Ia jelas tamparan buruk buat pemain muda negara itu yang sebelum ini membuat penampilan pertama selama 17 minit bersama KVK ketika t3was 1-3 Anderlecht pada Oktober lalu.

Bagaimanapun, status Luqman kini kembali semakin baik dan anak jati Kota Bharu itu dijangka kembali mer3but tempat dalam 18 terbaik sementara menjalani latihan untuk kembalikan kecergasanya.

Semangat Luqman untuk bermain semakin membara selepas Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Belgium, Prisheela Prakas bersama pasukannya sempat menjenguk beliau yang giat menjalani persiapan kelmarin.

Prisheela yang turut disambut oleh Pengarah KVK, Matthias Leterme, memberitahu beliau sangat gembira menyaksikan proses Luqman yang bukan sahaja pulih daripada masalah keced3raan tetapi berjaya menyesuaikan diri dalam budaya di bumi Eropah.

“Kami sangat gembira melihat perkembangan Luqman walaupun dia sedang berdepan detik suk4r dengan masalah keced3raan. Dia kini kembali pulih dan bersedia untuk kembali bermain.

“Malah Matthias sendiri gembira menyaksikan perkembangan Luqman. Apa yang pasti kami di pihak kedutaan sentiasa ada untuk dirinya jika Luqman memerlukan sebarang bantuan.

“Kami sangat gembira dapat melawatnya buat pertama kali di kelab ini dan kami juga ingin berterima kasih kepada KVK yang sudi menyambut kedatangan kami,” katanya.

Luqman melahirkan rasa penghargaan terhadap Kedutaan Malaysia di Belgium yang sudi menziarahinya sekali gus dijadikan sunt!kan moral terbaik untuk kembali bermain.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kedutaan Malaysia kerana sudi melawat saya dan saya sangat berbesar hati. Mereka banyak membantu saya sehingga saya tiba di Belgium.

“Saya sudah pulih daripada masalah keced3raan dan sekarang saya sudah tidak sabar untuk kembali bermain setelah kembali ke sesi latihan sejak 12 hari lalu bersama pasukan utama,” katanya.

Sementara itu, pemilik KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan turut tidak terlepas peluang untuk melahirkan penghargaan kepada Kedutaan Malaysia yang sanggup turun padang untuk melihat keadaan Luqman.

“Saya fikir kedatangan Kedutaan Malaysia itu menunjukkan ker!sauan mereka terhadap Luqman.

Saya sangat menghargai bantuan Kedutaan Malaysia yang sentiasa menghulurkan bantuan dan saya juga mahu Luqman kembali pulih untuk bermain sebagaimana dia pun sedang menjalani proses kecergasan.

“Apa yang pasti, saya akan sentiasa memantau perkembangan Luqman melalui pengurusan kelab,” katanya.

KVK yang akan men3ntang Genk pada Ahad ini (3.45 pagi waktu Malaysia), berada di tangga kesembilan Jupiler Pro League selepas meraih 23 mata menerusi 17 perl4wanan.

Sumber-BH