Makan Konate Cerita Kisah Sebenar Peristiwa Ini

KUALA TERENGGANU: Arkitek Terengganu FC (TFC), Makan Konate mengakui tidak mendug4 tindakannya menghulur sedekah wang tunai kepada seorang pakcik berniaga di kaki lima der3tan kedai di Kuala Terengganu minggu lalu ‘di!ntip’ peminat sebelum mendapat perhatian daripada netizen selepas dimuat naik dalam laman s0sial.

Katanya dia menghulur rezeki kepada pakcik berkenaan bukan untuk berm3gah tetapi atas faktor kemanusiaan kerana orang tua berkenaan belum makan menyebabkan dia tergerak untuk bersedekah.

Lagipun menurut pemain beragama Islam kelahiran Bamako, Mali itu, bersedekah adalah salah satu amalan yang dituntut dalam agama Islam lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

“Sejujurnya saya terk3jut dan tidak menyangka ada peminat sempat mengambil gambar ketika saya memberi sedekah kepada pakcik itu, kejadian itu berlaku secara spont4n dan bukannya dirancang.

“Lebih memer4njatkan saya sejam selepas itu saya melihat dalam Instagram gambar saya dalam situasi itu, saya tidak m4rah tapi saya tidak minta berbuat demikian kerana mahu berdiam selepas memberinya,” katanya.

Bekas pemain T-Team musim 2016/2017 itu membayangkan pakcik itu sebagai bapanya selain kagum dengan sikapnya yang tidak meminta sedekah, sebaliknya bekerja untuk mencari rezeki.

“Sebelum saya masuk ke dalam kedai nasi Arab berkenaan, saya ditawarkan kerepek oleh pakcik itu, namun saya tidak mahu sebaliknya saya bertanya kepadanya sama ada sudah makan ataupun belum sebelum saya menghulur sedikit wang tunai kerana pakcik itu belum makan.

“Dia sempat berkata banyak duit itu sambil tersenyum tanda syukur, cuba bayangkan jika pakcik itu bapa kita, sudah tentu perlu dibantu, tapi perlu mengikut kemampuan kita,” katanya.

Terdahulu menerusi laman Facebook keran irfan, Konate menarik perhatian netizen dengan sikap pemurahnya apabila menghulurkan dua keping wang RM50 kepada warga tua berkenaan walaupun tidak membeli barang yang ditawarkan pakcik itu.

Sumber BH