Masa Tepat Untuk Mencuba Aura Baharu

KUALA LUMPUR: Berg3lut untuk mendapatkan tempat dalam skuad utama Kedah menjadi antara faktor penjaga gol muda, Azri Ghani meninggalkan Helang Merah dan menyertai Perak untuk sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pemain berusia 21 tahun itu berdepan sa!ngan s3ngit dengan dua lagi penjaga gol berpengalaman Kedah, Shahril Saa’ri dan Ifwat Akmal Che Kassim yang menyaksikan dia memiliki peluang terhad untuk berada dalam kesebelasan utama.

Justeru, keputusannya menyertai skuad kendalian Mehmet Durakovic itu dianggap tepat bagi memastikan potensinya akan lebih menyerlah selain mahu membantu Perak meraih sekurang-kurangnya satu piala musim depan.

Azri berkata, dia bakal bersama Perak bermula tahun hadapan untuk tempoh dua hingga tiga musim dan berharap mampu meraih pengalaman berharga untuk menjadi salah seorang penjaga gol yang lebih berkualiti.

“Kenapa saya pilih pasukan Perak kerana saya tengok Perak antara pasukan yang cukup kuat dalam Liga M yang mana pasukan itu juga setanding dengan pasukan seperti Kedah, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor.

“Kedah memang satu pasukan hebat, tetapi saya akui kurang mendapat minit permainan dan persa!ngan terlalu s3ngit untuk saya berada dalam skuad utama, hanya pada penghujung musim sahaja baru saya berpeluang untuk beraksi.

“Sama seperti musim lalu ketika saya bersama FELDA United apabila saya juga kurang beraksi dan saya tidak mahu ia terus berulang lagi pada setiap musim akan datang.

“Sebab itu, saya rasa inilah masa yang tepat untuk saya mencuba aura baharu bersama Perak pada tahun depan dan akan bekerja keras mengembangkan lagi potensi saya selain ingin bantu Perak mengh4rungi Liga Super dengan lebih cemerlang,” katanya.

Pemain kelahiran Kelantan itu bagaimanapun berterima kasih kepada pasukan Kedah atas pengalaman berharga sepanjang mengh4rungi musim 2020.

Azri sebelum ini mula mencipta nama selepas beraksi cemerlang bersama skuad kebangsaan pada Kejuaraan B-19 AFF 2018 sehingga pasukan kendalian Bojan Hodak ketika itu muncul juara buat kali pertama.

Sumber-BH