Mat Sabu Sam4n Harakah

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengemukakan sam4n terhadap kolumnis dan ketua pengarang Harakah berhubung dakw4an menerbitkan artikel berunsur fitn4h di laman web portal Harakahdaily, September lalu.

Mohamad Sabu yang juga Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) mend4kwa kenyataan fitn4h itu diterbitkan menerusi artikel bertajuk “Husam: PAN Parti Dikt4tor” pada 14 September lalu yang menjatuhkan marVah dan menga!bkan dirinya.

Beliau yang bertindak selaku plaintif memfailkan s4man itu melalui firma guaman Tetuan Amin Amirul & Partners pada 28 Oktober lalu dengan menamakan kolumnis, Roslan Shahir Mohd Shahir; Ketua Pengarang, Wan Nordin Wan Yaacob; dan syarikat penerbit akhbar Harakah Galeri Media Serbanika Sdn Bhd sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Mohamad Sabu yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, kenyataan fitn4h itu antara lain bermaksud beliau seorang dikt4tor, menyalahgunakan jawatan dan kedudukan sebagai presiden parti serta hanya mengikut arahan dan telunjuk DAP.

Menurutnya, kata-kata fitn4h itu ditulis oleh Roslan yang menjadi sumber kepada defendan kedua (Wan Nordin) untuk melapor dan membenarkan ia diterbitkan di laman web Harakahdaily.

Katanya, kata-kata fitn4h itu hanya tudvhan melulu berniat j4hat terhadapnya yang bertujuan menjatuhkan dan merendahkan marvah serta kredibiliti beliau yang memiliki imej dan integriti yang baik.

Sehubungan itu, Mohamad Sabu menuntut antaranya ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, satu perintah bagi mengarahkan defendan menarik balik kenyataan fitn4h berkenaan.

Kes s4man itu ditetapkan bagi pengurusan kes pada 7 Januari depan.

Sumber-BH