Menjadi Antara Kenangan Manis Beliau

Kuala Lumpur: Pertahanan yang semakin meningkat naik di Terengganu FC (TFC), Muhammad Mohd Faudzi mengakui sangat mengagumi pemain veteran yang kini bersama Kuala Lumpur City FC (KL City), Shukor Adan.

Malah, dia mengharapkan mampu mengikuti apa dilakukan Shukor yang masih mampu beraksi sehingga usia 41 tahun selain mengagumi personaliti dimiliki yang dianggap jarang dimiliki mana-mana pemain lain.

Tambahnya, pengalaman pernah berlatih bersama Shukor ketika di Felda United pada musim 2015 menjadi antara kenangan manis dalam kariernya yang tidak pernah dilupakan.

“Saya sangat suka tengok cara Shukor Adan dan kalau boleh mahu mengikut jejak langkah dia sebagai seorang pemain pertahanan tengah yang hebat serta ada karakter tersendiri sebagai seorang ketua di atas padang.

“Masa di Sekolah Sukan Bukit Jalil lagi saya sudah meminati Shukor dan selepas saya mendapat peluang menyertai skuad Piala Presiden Felda pada 2015, saya berpeluang berlatih bersama Shukor dalam pasukan utama yang ketika itu dilatih jurulatih, Irfan Bakti.

“Masa itu saya baharu berusia 19 tahun dan apabila dapat berlatih dengan pemain-pemain hebat seperti Shukor, ia satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dan banyak yang saya belajar darinya memandangkan dia pun seorang pemain pertahanan tengah, ” katanya.

Muhammad yang lebih dikenali Amad dalam kalangan rakan sepasukan menjadi antara watak penting di kubu TFC musim ini apabila jurulatih, Nafuzi Zain sering menggandingkannya bersama Carli De Murga.

Dia mula diturunkan sejak perl4wanan keenam Liga Super iaitu ketika berdepan PJ City FC dan tidak pernah terlepas peluang berada dalam kesebelasan utama sejak lapan perl4wanan terakhir TFC.

Aksi paling cemerlangnya setakat ini ialah semasa membantu pasukan men3waskan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 April lalu.

Mengulas aksinya bersama skuad Penyu, Muhammad mengharapkan musim ini akan memberikan tuah buat pasukan dengan menamatkan penantian selama 20 tahun pembvruan sebarang kejuaraan di Liga Malaysia.

“Secara keseluruhan saya memang suka berada bersama TFC dengan rakan-rakan, kemudahan serta program yang dijalankan oleh pasukan malah saya nampak pasukan kali ini agak baik.

“Rug! rasanya kalau tiada piala untuk Terengganu musim ini kerana komitmen yang diberikan semua rakan seperti pemain muda cukup tinggi dalam tiap perl4wanan.

“Saya pun berazam mahu terus kekalkan tempat dalam kesebelasan utama sejak mendapat kepercayaan jurulatih sejak aksi bertemu PJ City kerana pers4ingan untuk mendapat tempat begitu s3ngit, jadi saya bersyukur sangat diberikan peluang, ” katanya.

Sumber-MH