Menyatakan Hasrat Akan Kembali Bersama Kelantan FC

KOTA BHARU: Hanya selepas enam bulan bersama Kelantan FC, jurulatih penjaga gol pasukan Riccardo Mattioli meletakkan jawatan, berkuat kuasa hari ini.

Menurut kenyataan The Red Warriors, jurulatih berasal dari Itali itu membuat keputusan berkenaan atas urusan keluarga yang tinggal di negara asal serta faktor kesihatan ibunya.

“Beliau (Mattioli) merupakan antara individu yang sangat penting dalam pasukan bagi membentuk penjaga gol pasukan Kelantan FC iaitu Faridzuean Kamaruddin, Nik Amin Ahmad, Farizal Harun dan Asfa Abidin.

“Kehadiran beliau bersama pasukan musim ini memberikan impak positif kepada penjaga gol dengan menunjukkan aksi cemerlang dalam setiap perl4wanan,” demikian menurut kenyataan itu yang dimuat naik melalui akaun Facebook kelab, hari ini.

Mattioli bagaimanapun menyatakan hasrat akan kembali bersama pasukan berkenaan, suatu hari nanti.

“Mattioli seorang yang sangat mesra bersama pemain dan barisan kejurulatihan lain. Ketiadaan beliau amat dirasai oleh pihak kami seluruh warga Kelantan FC dan pihak kami akur dengan keputusan yang dibuat oleh beliau,” menurut kenyataan itu lagi.

Kelantan FC juga merakamkan penghargaan atas perkhidmatan profesional yang diberikan Mattioli, sepanjang berada bersama pasukan Kelantan FC.

Sebelum ini, Mattioli yang berusia 27 tahun,dibawa masuk bersama Marco Ragini sebagai ketua jurulatih Kelantan FC bagi memperk4sa pasukan itu dengan ‘ramuan’ Itali dalam menghadapi s4ingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Sumber-MH