Categories
SUKAN

Messi akhirnya kembali

Barcelona: Lionel Messi membuat keju-tan apabila kembali ke Barcelona semalam bagi meraikan hari jadi Xavi ke-42 bersama bekas rakan sepasukan, Sergio Busquets dan Jordi Alba.

Messi yang tidak menyertai skuad Argentina menentang Chile dan Colombia dalam aksi kelayakan Piala Dunia minggu ini selepas pasukannya sudah pun layak ke Qatar menggunakan masa terluang dengan pulang ke bandar yang menyaksikannya mencipta nama sebagai antara pemain terhebat sepanjang zaman.

Messi dan rombongan berkunjung ke restoran Jepun tetapi kehadirannya pantas dih!du penyokong Barcelona yang mengerumuninya ketika dia meninggalkan premis itu. Pemain berusia 34 tahun itu melayan peminat dengan menandatangani jersi bekas kelabnya selepas majlis meraikan hari ulang tahun kelahiran ke-42 pengurus Barca, Xavi selesai.

Messi hanya tampil bersama PSG ketika menentang Reims dalam aksi Ligue 1 kelmarin manakala Xavi sedang berusaha melayakkan pasukannya ke Liga Juara-Juara musim depan.

Barca kini berada di tangga kelima LaLiga tetapi hanya satu mata di belakang pasukan di tangga keempat Atletico Madrid yang akan ditentang Ahad ini.