Niat AR Badul Di Salah Anggap

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak veteran, AR Badul, 71, terk!lan dan kecil hati dengan menantunya, Nour Shafinar Harun yang mend4kwa dia tam4kkan harta Allahyarham anaknya.

Nour Shafinar adalah balu kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, 37, yang men!nggal dun!a dalam ins!den tert3mbak ketika gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Sabah pada 4 September tahun lalu.

Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie ketika dihubungi berkata, dia sama sekali tidak pernah terfikir dan berniat mengejar harta anaknya kerana sedar Allahyarham tidak mempunyai banyak harta.

“Saya hanya inginkan penjelasan kenapa tak dapat pencen Allharyaham. Apakah bapa seperti saya yang tidak menjaga anaknya tidak layak dapat? Itu saja yang saya nak tahu pada awalnya. Tak sangka pula sampai mel4rat macam ini hingga b4lu arw4h mend4kwa saya tam4kkan harta. Saya tak pernah tanya pun apa-apa berkaitan jumlah pamp4san yang diterima, saya hanya nak tahu penjelasan mengenai pencen itu,” katanya.

Menurut Badul, sejak anaknya meninggal dunia hingga kini, dia tidak pernah bertanya mengenai wang atau apa saja pamp4san kepada menantunya itu kerana mereka tidak lagi pernah berjumpa dan berbincang.

“Ketika saya batalkan niat untuk buat inku3s terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung kem4tian anak saya, memang tak pernah tanya pun soal duit atau harta.

“Kalau betullah saya ini tam4k duit atau harta arw4h, sudah tentu saya bertanya kepada pihak ATM sejak awal lagi berapa jumlah pamp4san yang bakal saya peroleh selepas batalkan inku3s itu. Demi Allah, saya tak pernah tanya pun mengenainya.

“Saya seikhlas hati batalkan niat berkaitan inku3s itu apabila mendapat jaminan daripada ATM bahawa nasib cucu iaitu Ebal Zulkarnain, 10, Remy Iskandar, 9, termasuk Izzul Zakly akan terjaga dengan baik dan terus terbela hingga mereka dewasa,” katanya.

Selain itu, Badul juga menafikan dakw4an dibuat seorang individu terhadapnya di Facebook yang mend4kwa dia sudah pun mendapat wang faraid sebanyak RM5,500 untuknya.

“Saya tak ada dapat apa-apa pun duit sampai sekarang. Malah, apa yang saya nak tahu sangat sebenarnya mengenai pencen itu. Kalau tak layak, apa penjelasannya. Saya tegaskan lagi, bukan nak r3but atau tam4kkan harta.

“Sejak isu ini timbul, macam-macam orang k3cam saya kerana mereka tak tahu cerita dan boleh tulis apa saja serta cakap ikut suka di media sosial. Biarkanlah, kerana cakap memang sedap sebab tak kena pada diri sendiri,” katanya.

Allahyarham Mohd Zahir sebelum berkahwin dengan Nour Shafinar dan memiliki seorang anak. Allahyarham juga pernah berkahwin dengan Jamilah Ismail yang kini menetap di Pekan, Pahang, bersama dua anak lelaki mereka.

Sumber-MH