Categories
INFORMASI UTAMA

Ubat Rindu Peminat

KUALA LUMPUR: Agak lama menyepi daripada dunia lakonan, aktres kacukan Melayu-Jerman, Cristina Suzanne Stockstill, 36, mengubat rindu peminat apabila kembali aktif melalui drama Mr Millenium yang disiarkan TV9 sejak Selasa lalu.

Ibu kepada cahaya mata berusia setahun sembilan bulan ini mengaku sibuk dengan kehidupan peribadi, namun, jauh di sudut hati, cinta terhadap dunia seni tidak pernah pudar.

Pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Skrin (ASK) 2013 ini mengaku sengaja berbuat demikian bagi memberi ruang kepadanya berehat. “Saya ada momen tertentu… Macam ‘biskut’, kadang ada, kadang-kala menghilang. Bukan apa, saya mahu beri ruang kepada diri sendiri.

“Sebagai aktor, ada masanya, kita perlu ruang untuk meneroka apa yang ada di sekeliling dan memberi masa untuk diri sendiri selain mencari sesuatu yang baharu. “Walaupun sepi daripada lakonan, ada kerja lain yang saya buat. Tetapi saya tidak suka terlalu berkongsi kehidupan peribadi di laman sosi4l,” katanya.

Anak kelahiran Johor Bahru, Johor yang pernah membintangi beberapa filem antaranya Kil, Jwanita, CEO dan Sejoli : Misi Cantas Cinta ini memberitahu, tawaran membintangi drama Mr Millenium arahan Azmi Hatta diterima kerana tertarik dengan latar belakang cerita era 1960-an.

Selain itu, tambah Cristina, sepanjang menjadi pelakon sejak 2003, ini kali pertama dia diberi peluang membawa watak warga emas.

“Apabila ditawarkan membawa watak Mastora, saya tidak berfikir panjang. Bagi saya, watak Mastora cukup menarik kerana dia orang tua.

“Bagi menghayati watak Mastora, saya perlu ubah cara bertutur. Seperkara lagi, drama 13 episod ini berlatarkan era 1960-an dan saya tiada pengalaman berlakon dalam karya berteraskan era itu,” katanya.

Berkongsi pengalaman sepanjang penggambaran di Hulu Tamu, Selangor, Cristina berkata, dia tidak boleh lupa rutin memakai ‘latex’ (topeng getah) bagi menampakkan efek warga emas. “Buat kali pertama, saya kena pakai ‘latex’ hampir setiap hari di set. Proses untuk menyiapkan solekan itu memakan masa sejam.

“Alhamdulillah, saya tidak hadapi masalah membiasakan diri biarpun terp4ksa memakai ‘latex’. Bagi saya, tiada bezanya dengan solekan biasa,” katanya.

Apa yang menarik, dalam drama Mr Millenium, Cristina juga membawa watak Qistina yang hidup pada zaman moden. “Dalam drama ini, saya dan Aqasha membawa watak Jamil mer3ntas waktu. Saya membawa dua watak sebagai Mastora dan Qistina.

“Biarpun dua watak, karakter mereka berbeza. Untuk watak Mastora, saya menjadikan nenek dan moyang sebagai rujukan orang tua,” katanya.

Mr Millenium mengisahkan pasangan suami isteri, Jamil dan Mastora yang hidup sederhana di sebuah kampung pada tahun 1960. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata tetapi dikenali sebagai pasangan romantik dan lurus.

Jamil kuat berangan dan sering membayangkan apa akan terjadi pada masa hadapan. Suatu hari, Jamil terjumpa gelung misteri dan tanpa berfikir panjang, dia masuk ke dalam gelung itu lalu dibawa ke zaman moden.

Jamil terping4-ping4 dengan infrastruktur serba moden yang menimbulkan banyak insid3n lucu. Dia terjumpa seorang wanita yang seiras dengan Mastora ketika muda iaitu Qistina. Apabila Jamil sedar dia berada pada zaman moden dan Mastora tiada di sisinya, dia mula mencari gelung mist3ri itu untuk pulang ke tempat asal.

Dalam perjalanan pulang, Jamil berdepan pelbagai ujian termasuk menjadi popular dan kaya. Ketika itu, Qistina kembali dan menawarkan bantuan untuk menguruskan kerjaya Jamil. Sementara itu, Mastora tidak berputus asa untuk menjejaki suaminya hingga sampai ke zaman moden menerusi gelung mist3ri itu.

Categories
UTAMA

Hadapi Dengan Lebih Sihat

P4nd3mik c0v-id-19 yang melanda dunia menc3tuskan pelbagai perubahan dalam hidup masyarakat.

Walaupun kebimbangan terhadap virvs itu belum berakhir, kini rakyat Malaysia boleh men4rik nafas lega berikutan keadaan semasa pandemik bertambah baik.

Sebagai persiapan menyambut ketibaan tahun baharu, Herbalife Nutrition meminta rakyat Malaysia memupuk amalan lebih sihat.

Amalan sihat bukan sahaja membantu meningkatkan k3sihatan diri secara dalaman, malah menambah baik penampilan luaran.

Pengarah Kanan merangkap Pengurus Besar, Herbalife Nutrition Malaysia dan Singapura, Steven Chin, berkata, pandemik mengundang pelbagai cab4ran yang mem4ksa orang ramai menyesuaikan diri dengan norma baharu.

“Ada antara mereka terp4ksa mengorb4nkan beberapa rutin penting dan tidak kurang pula ada yang mula terikut tabiat kurang baik sepanjang terkurung di rumah,” katanya.

Berdasarkan Tinjauan Inersia Kesihatan Asia Pasifik Herbalife Nutrition 2021, enam daripada 10 rakyat Malaysia menyatakan k3sihatan fizikal dan mental mereka tidak begitu baik ketika pandemik.

Tinjauan itu turvt mended4hkan lapan daripada sepuluh (82 peratus) responden Malaysia menyatakan mereka mengalami kemer0sotan k3sihatan fizikal dalam tempoh 12 bulan lalu.

Ia disebabkan kekurangan kegiatan fizikal akibat Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan secara berperingkat dalam negara.

Masal4h itu turvt didorong dengan pengambilan lebih banyak makanan yang tidak sihat (42 peratus) dan kekurangan sokongan komuniti mengikuti program senaman (34 peratus).

Categories
INFORMASI

Santai suasana nyaman di Jeram Tebrau

CUACA panas sejak kebelakangan ini menyebabkan haluan peminat basikal mula mencari lokasi riadah yang baharu di kawasan sejuk dan menyegarkan.

Antara lokasi jadi pilihan destinasi adalah ke Jeram Tebrau, Labu, Nilai, Negeri Sembilan, iaitu sebuah kawasan rekreasi yang memiliki keindahan alam semula jadi.

Bagi sekumpulan penunggang basikal disertai 21 orang dari Bandar Springhill, Port Dickson meneruskan kayuhan dari Port Dickson hingga Jeram Tebrau, sejauh 64 Kilometer pergi dan balik.

Kumpulan basikal itu memulakan perjalanan seawal jam 7.30 pagi selepas mendapat tahu lokasi yang dulunya tumpuan ramai kini sepi tanpa dijaga.

Ketua Kumpulan Kayuhan Amal Bandar Springhill, Ayub Md Dahan, 41, berkata Negeri Sembilan ada banyak lokasi menarik seperti Jeram Tebrau ini tetapi ia tanpa penjagaan.

“Kayuhan kami sampai ke destinasi amat mengujakan kerana kami menuju ke lokasi yang sudah lama ditinggalkan atau tidak lagi dikunjungi orang ramai.

“Apa yang kami lihat, dulu lokasi ini meriah, ada air terjun, tapak kolam tadahan, tempat berbumbung dan juga bekas tapak gerai disediakan untuk peniaga.

“Dulu saya pernah beberapa kali ke sini membawa murid beriadah kerana sekolah tempat saya mengajar tidak jauh dari lokasi jeram ini tetapi agak lama tidak ke sini selepas bertukar sekolah sejak tujuh tahun lalu,” kata guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Gelam, Port Dickson ini ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Categories
TERKINI

Malaysia perlukan usahawan muda

Kuala Lumpur: Prospek industri makanan dan pertanian akan menjadi lebih penting dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang apabila Malaysia beralih kepada ekonomi yang didominasi oleh perkhidmatan, sekali gus menjadikan penyertaan golongan belia dalam sektor ini dengan sentuhan teknologi moden lebih ketara berbanding sebelum ini.

Timbalan Pengarah Penyelidikan Institut Penyelidikan Khazanah Dr Sarena Che Omar berkata, di negara maju apabila sektor perkhidmatan menguasai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pertanian dan makanan terus berkembang dan berinovasi sejajar dengan pertumbuhan permintaan pengguna.

“Di negara berpendapatan tinggi, keselamatan makanan, hak buruh di ladang dan kaedah pertanian yang mampan penting apabila membeli makanan. Ini kurang berlaku di negara miskin apabila tumpuan tertumpu kepada kemampuan dan kuantiti makanan, berbanding kualiti.

“Oleh itu, apabila Malaysia beralih kepada negara berpendapatan tinggi, ia akan menjadi lebih penting makanan tempatan dihasilkan secara mampan mengikut keperluan Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP), selamat untuk dimakan dan mematuhi situasi buruh yang adil apabila petani dan pekerja dibayar dengan saksama dan terdapat kebolehkesanan makanan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, ini sasaran Malaysia serta sektor pertanian dan makanan perlu diselaraskan untuk memenuhi permintaan yang berubah-ubah ini.

Pada September lalu, kerajaan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Malaysia akan menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2025 dengan kualiti hidup yang lebih baik dan teknologi tinggi berikutan pelaksanaan pembaharuan.

Categories
INFORMASI

Bazar Malam di Hotel W Kuala Lumpur

Menikmati hidangan berbuka pu4sa bersama insan tersayang pastinya meninggalkan ken4ngan manis.

Apat4h lagi jika hidangan itu menepati cita rasa, lazat dan berbaloi dinikmati.

Memahami keinginan ramai berbuka dengan sesuatu yang berbeza, Hotel W Kuala Lumpur menerusi restoran Pan Asia, Flock menawarkan hidangan menyelerakan yang disediakan oleh Cef Eksekutif, Cef Haznizam Hamzah.

Selama sebulan sehingga 13 Mei ini, Flock menyediakan konsep ‘Bazar Malam’ dengan pelbagai gerai makanan popular disediakan.

Bagi yang suka ulam-ulaman seperti petai, bendi dan sayuran hijau lain terus dihantar ke Hotel W terletak di Jalan Ampang bagi memastikan ia sentiasa menepati kehendak selera.

Melalui gerai bufet pula, pastikan perut anda masih ada ruang kerana anda akan melalui menu nasi ayam hainan, roti john, otak-otak dan sate, kambing panggang dan banyak lagi.

Peminat hidangan durian pula, Cef Eksekutif Pastri, Cef Kevin akan mengolah beberapa resipi menggunakan hidangan raja buah itu.

Pengunjung pasti akan seronok kerana dapat merasai pilihan hidangan termasuk lapisan kek durian, kek keju Musang King dan serawa durian.

Bagi yang tidak menggemari durian, pelbagai pencuci mulut disediakan antaranya berasaskan kelapa dan gula mel4ka, opera pandan kaya, bunga mangga halia panna cotta dan kek coklat.

Harga dewasa RM198 dan kanak-kanak RM99.

Categories
UTAMA

Satu Motivasi Buat Safawi

KUALA LUMPUR: Pemain sayap skuad kebangsaan, Safawi Rasid berharap pentas Piala Suzuki AFF 2020 akan menjadi medan untuk dia mendapat kembali sentuhan beliau bersama skuad Harimau Malaya.

Menyedari prestasinya ketika ini tidak berada pada tahap terbaik, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu bagaimanapun menganggap ia sebagai motivasi untuk kembali dengan persembahan lebih baik.

Justeru, dia mengharapkan bantuan daripada rakan sepasukan dan doa seluruh rakyat Malaysia untuk skuad Harimau Malaya dapat melangkah jauh di Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura.

“Lumrah dalam bola sepak, kadang-kadang kita naik dan kadang-kadang turun. Tahun ini mungkin burvk bagi saya, tapi tahun depan mungkin yang terbaik dan mana tahu Piala Suzuki AFF ini rezeki bagi saya lagi.

“Bagi saya, benda ini (prestasi menurun) bagus untuk pemain bola sepak kerana ia bagi motivasi kepada kita untuk kembali semula seperti mula-mula nak bermain bola s3pak.

“Mungkin jika kita selalu di atas, kita akan rasa selesa dan kita ambil mudah. Sekarang ini, saya rasa seperti mula-mula saya nak bola dan akan cuba yang terbaik untuk Piala AFF,” katanya.

Safawi menjadi antara watak penting ketika membantu Harimau Malaya muncul naib juara Piala Suzuki AFF pada 2018.

Namun, prestasinya ketika ini agak menurun yang menyaksikan dia kurang beraksi dalam kesebelasan utama kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bagi skuad Harimau Malaya, Safawi sekali lagi akan bersa-ing dengan seorang lagi bintang muda JDT, Arif Aiman Hanapi di posisi sayap apabila pemain itu dipanggil jurulatih Tan Cheng Hoe pada saat akhir.

Skuad Harimau Malaya akan membuka tirai Kumpulan B Piala AFF Suzuki bertemu Kemboja di Stadium Bishan, Singapura pada Isnin.