Pahang Kini Terpal!t Dengan Satu Lagi Masalah

KUALA LUMPUR: Belum pun selesai ‘p3rang’ antara Mohamadou Sumareh dengan Persatuan Bolas3pak Negeri Pahang (PBNP), PBNP kini terp4lit dengan satu lagi masalah yang dipercayai turut berpunca daripada isu membabitkan gaji.

Terbaharu, pemain import Pahang pada musim ini, Ivan Carlos dilihat menuntut ‘hut4ng’ daripada PBNP dan mengharapkan persatuan itu dapat menunaikan komitmen seperti yang sudah dipersetujui.

Tuntutan itu dibuat menerusi akaun Instagram milik pemain berusia 30 tahun itu.

“Pahang jangan lupa untuk membayar kontrak pemain. Tahun ini sudah berakhir tetapi anda (PBNP) masih perlu membayar hutang anda.

“Saya yakin peminat pun tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam pasukan ini,” kata pemain itu.

Sebelum ini, isu gaji did4kwa menjadi punca Sumareh yang juga pemain naturalisasi pertama negara membatalkan kontraknya bersama skuad Tok Gajah itu.

Berdasarkan lap0ran sebelum ini, pemain kelahiran Gambia itu menggunapakai klausa 8.7 yang terkandung dalam kontraknya dengan Pahang.

Dalam klausa itu, mana-mana pemain yang tidak dibayar gaji selama sebulan atau lebih boleh memohon untuk menamatkan kontrak di mana pasukan dengan jelas melakukan kesalahan pec4h kontrak.

Namun, sumber menegaskan isu gaji sepatutnya tidak menjadi isu memandangkan PBNP tetap membayar gaji pada setiap bulan sekalipun bukannya bayaran penuh.

Sumber-BH