Terpaksa “Pecah Peluh” sekat Zii Jia

KUALA LUMPUR: Perju4ngan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia di Seluruh England berakhir selepas tewas kepada bekas juara dunia, Viktor Axelsen dalam aksi separuh akhir yang berlangsung selama 73 minit, sebentar tadi.

Zii Jia menang set pertama 21-17, namun Axelsen yang juga pilihan kedua kejohanan bangkit untuk memenangi set kedua 21-13 sekali gus mengh3ret aksi ke set penentuan.

Kedua-dua pemain menunjukkan permainan yang menarik di set penentuan apabila saling meng3jar mata namun tuah lebih memihak Axelsen yang menang 21-19.

Bagaimanapun, Zii Jia yang juga pemain ranking ke-13 dunia masih boleh mendabik dada di atas pencapaian mara ke separuh akhir apatah lagi ini adalah penampilan sulungnya dalam kejohanan badminton tertua itu.

Kali terakhir wakil Malaysia mara ke final dan muncul juara acara perseorangan lelaki adalah menerusi Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2017.

Sumber : BH