Pemain Tengah Kelantan United FC Beri Ingatan

PEMAIN tengah Kelantan United (KUFC), Muhamad Shahrul Hakim Rahim mengingatkan rakan sepasukan supaya berwaspada dengan cab4ran skuad Projek FAM-MSN biarpun dilihat mempunyai kelebihan menjelang pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium UiTM Shah Alam, Sabtu ini.

Pemain tengah berusia 26 tahun itu berkata, beliau serta rakan sepasukan tidak boleh memandang rendah kemampuan dimiliki law4nnya itu walaupun skuad Projek FAM-MSN merupakan pendatang baharu dalam s4ingan Liga Premier musim ini.

“Pada perl4wanan Sabtu ini, kami (KUFC) dianggap sebagai pasukan pilihan namun kami perlu menghormati skuad kendalian Yusri Che Lah itu,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

KUFC ketika ini berada di kedudukan keenam Liga Premier dengan mengumpul 10 mata selepas tujuh perl4wanan, manakala Skuad Projek FAM-MSN di tangga terc0rot dengan satu mata daripada lapan perl4wanan.

Muhamad Shahrul Hakim berkata, pasukannya perlu melakukan persiapan rapi andai mahu meraih tiga mata penuh pada perl4wanan tersebut.

“Walaupun dibarisi pemain kurang berpengalaman, Skuad Projek FAM-MSN turun tanpa tek4nan. Kami tidak boleh l3ka dan paling penting kami mahu meneruskan momentum kemenangan untuk memberikan cab4ran kepada pasukan ter4tas,” katanya.

Sumber SH